Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sarawak rekod 92 kes baharu gigitan haiwan termasuk tikus

 | August 11, 2017

Jabatan Kesihatan Sarawak berkata daripada jumlah itu, 84 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 43 kes dan kucing 40 kes manakala 8 kes lagi melibatkan haiwan liar iaitu anjing (4), kucing (3) dan tikus 1 kes.

Sim-Kui-Hian-sarawakKUCHING: Sarawak merekodkan 92 kes baharu gigitan haiwan merangkumi 42 kes di Serian, 35 di Kuching, 12 di Samarahan dan 3 di Sri Aman.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkata daripada jumlah itu, 84 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 43 kes dan kucing 40 kes manakala 8 kes lagi melibatkan haiwan liar iaitu anjing (4), kucing (3) dan tikus 1 kes.

“Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku sejak 1 April hingga ke hari ini berjumlah 2,062 kes,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut secara kumulatifnya seramai 882 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Sehingga kini wabak rabies di Sarawak telah meragut 5 nyawa melibatkan 4 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Sementara itu, mangsa terbaharu seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dari Kampung Kuala Gedong di Samarahan dilaporkan kritikal di Hospital Umum Sarawak.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian dua hari lepas.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments