Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Saya pilih bebas bersuara daripada jawatan’, kata Annuar

 | August 11, 2017

Bekas pengerusi Mara itu berkata beliau tidak dapat meneruskan jawatannya kerana terdapat 'perbezaan pendapat'.

annuar-musa_mara_600

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa lega dan bebas selepas kontraknya sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berakhir semalam.

“Kalau saya duduk di Mara dan dilantik oleh orang, saya tak bebas bersuara. Jadi mulai hari ini saya bebas kerana dah lepaskan jawatan.

“Jika tak, saya kena cakap apa yang diputuskan saja. Antara kebebasan bercakap dengan jawatan, saya pilih untuk bebas,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Semalam, kontrak beliau berakhir dan surat pertimbangan agar pelantikan semula tidak disambung telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2 Ogos.

Katanya, beliau tidak dapat meneruskan jawatan itu kerana terdapat “perbezaan pendapat”.

“Ini (tak sambung kontrak) atas dasar prinsip. Kalau ada perbezaan pendapat, kalau kita rasa nak pertahankan pendapat, kita mesti berhenti. Itu prinsip.

Januari lalu, ketua penerangan Umno itu digantung jawatan berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan dan beliau diarahkan bercuti sejak 7 bulan yang lalu.

Beliau, bagaimanapun menafikan dakwaan itu, menegaskan beliau sama sekali tidak terlibat dengan penajaan 2 anak syarikat Mara dengan pasukan bola sepak Kelantan.

Mara kemudiannya menjalankan siasatan dalam berhubung isu itu dan berjanji akan mendedahkan hasil siasatan tersebut kepada media.

‘Fitnah totok’ saya paksa taja Kelantan, kata Annuar selepas dipanggil Mara

Mara enggan dedah hasil siasatan kes Annuar Musa


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments