Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM serbu pejabat exco Pulau Pinang

 | August 11, 2017

Serbuan itu bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Phee-Boon-PohGEORGE TOWN: Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Tingkat 53, bangunan Komtar.

Serbuan itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Lima pegawai itu tiba di pejabat Phee kira-kira 11.30 pagi.

Semalam, SPRM mengambil beberapa dokumen dari pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sepasukan pegawai SPRM tiba di bangunan MPSP kira-kira 10.30 pagi dan beredar dari pejabat pihak berkuasa tempatan itu bersama beberapa dokumen berkaitan kira-kira 3 jam kemudian.

Menurut sumber, dokumen itu diambil bagi membantu siasatan kes kilang memproses serbuk kayu yang beroperasi sejak 10 tahun lepas dikatakan tanpa permit di atas tanah berstatus tanah pertanian.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Dr Norlela Ariffin pada persidangan DUN yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri pimpinan DAP, malah sesetengah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan dan tidak mematuhi prosedur alam sekitar.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments