Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM siasat kekayaan Zahid jika ada bukti

 | August 11, 2017

SPRM berkata kekayaan seseorang bukan asas untuk suruhanjaya itu untuk menyiasat seseorang.

Dzulkifli-Ahmad-macc1

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kekayaan seseorang jika dakwaan yang dibuat ke atasnya mempunyai asas di mana pemilikan kekayaan itu bersumberkan unsur rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

Beliau berkata kekayaan atau berapa banyak duit yang dimiliki seseorang bukan suatu asas yang membawa kepada keperluan siasatan daripada suruhanjaya itu.

“Isunya sama ada harta tersebut diperoleh daripada rasuah atau salah guna kuasa…asas itu perlu ada.

“Orang boleh kaya tapi sumbernya yang penting untuk kita lihat kerana kalau sumbernya menjadi rasuah dan salah guna kuasa, barulah menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat,” katanya mengulas sama ada SPRM akan menyiasat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan kekayaan yang dimiliki.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Zahid mempunyai kekayaan mencecah RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan ketua Pemuda UMNO dan kenyataan itu disusuli dengan laporan polis oleh DAP.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata kenyataan itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti atas apa yang diperkatakannya.

SPRM sedia panggil Dr M jika siasat dakwaan RM230 juta Zahid


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments