Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sumbang mahram: Bapa, datuk antara 4 lelaki ditahan

 | August 11, 2017

Mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki iaitu bapa, datuk dan 2 bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

Dev-Kumar-rapeKUCHING: Polis menahan 4 lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan 2 bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun, di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis pada mulanya menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata hasil temu bual awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki iaitu bapa, datuk dan 2 bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur 9 tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya susulan siasatan awal, polis menahan 4 suspek berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban, Serian pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah, dan semua mereka bekerja sebagai petani.

Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram. Kesemua 4 suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments