Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

ADUN PKR: ‘Akhirnya isu kilang haram ditangani selepas lebih 2 tahun’

 | August 12, 2017

Norlela berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kebimbangan penduduk tentang kilang haram itu, yang terletak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Februari 2015.

Norlela_carbon600

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Norlela Ariffin berkata beliau gembira kerana tindakan akhirnya diambil terhadap kilang pemprosesan penapis karbon haram walaupun beliau menimbulkan isu itu semasa sidang Dewan Undangan Negeri lebih 2 tahun lalu.

Norlela dari PKR berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kebimbangan penduduk tentang kilang haram itu, yang terletak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam pada Februari 2015.

“Saya membangkitkan perkara itu di Dewan Undangan Negeri tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa selama 2 tahun,” lapor The Star memetik Norlela.

Norlela dan beberapa wakil lain bertindak kritikal terhadap kepimpinan negeri kerana tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak mengambil berat terhadap alam sekitar.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, pengurus dan pengarah kilang haram ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung siasatan ke atas kilang haram itu.

SPRM juga menyerbu pejabat Boon Poh di tingkat 53 Komtar semalam sebelum ditahan dan menyerbu rumahnya di Sungai Puyu, Butterworth malam tadi.

Penangkapan hari ini berikutan tindakan sepadu pelbagai agensi kelmarin ke atas di kilang itu, yang didapati melanggar peraturan persekutuan.

Jabatan Alam Sekitar mendapati kilang itu tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara yang sesuai.

Kilang itu juga didakwa beroperasi secara haram di tanah pertanian di Sungai Lembu.

SPRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama-sama menjalankan operasi.

Selain kilang itu, jabatan pelesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai turut diserbu oleh SPRM semalam.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments