Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

‘Gangguan’ mat rempit beri Rosmah idea anjur Kem Perkasa

 | August 12, 2017

Jelas isteri kepada perdana menteri, antara kejayaan menerusi program Permata berjaya mengubah golongan 'mat rempit'.

rosmahKUALA LUMPUR: Walaupun berhadapan dengan pelbagai kritikan pelbagai pihak sejak menjadi penaung Program Permata Negara, ia sedikitpun tidak melemahkan semangat Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendidik anak muda menjadi masyarakat berguna.

Jelas isteri kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara kejayaan program Permata adalah berjaya mengubah golongan mat rempit.

Menerusi Program Hari Belia Perkasa Permata di Kompleks Komuniti Muhibbah Kuala Lumpur hari ini, Rosmah turut menceritakan bagaimana beliau mendapat idea untuk membantu golongan “mat rempit”.

Katanya, ia bermula daripada pengalaman beliau dan perdana menteri tidak boleh tidur sebab terdengar bunyi motosikal.

Justeru kata Rosmah, beliau tergerak hati untuk mewujudkan program Kem Perkasa anjuran Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2009.

“Saya telah panggil pegawai polis untuk memberi sedikit pencerahan kepada kami berkenaan mat rempit dan ketika itu sahaja 7, 8 tahun lalu jumlah mat rempit berjumlah 30,000 dan kebanyakan budak Melayu.

“Mereka bukannya datang dari sekitar Kuala Lumpur tapi datang dari kawasan pedalaman seperti Felda dan kawasan berdekatan Kuala Lumpur.”

Kata Rosmah lagi, disebabkan itu beliau berasa sedikit risau sebab mat rempit ini berlumba dekat rumah beliau dan tidak boleh tidur.

“Datuk Seri Najib mengamuk, dia kata bising dia tak boleh tidur, jadi daripada situ saya mengambil berat tentang perkara itu.”

Setelah berbincang dengan UKM, kata beliau, pihak polis bersetuju untuk mengadakan kursus bagi mat rempit.

“Saya cakap nak dapatkan peserta, jangan paksa. Biar mereka datang secara sukarela daripada 30,000 kita dapat 33 peserta, saya kata biarlah sikit kita mulakan juga,” kata Rosmah ketika diajukan soalan bagaimana beliau mendapat idea untuk mengadakan kursus bagi membantu golongan mat rempat bermula pada 2009 menerusi program Kem Perkasa.

Katanya, hasil daripada program tersebut ia berjaya mendidik golongan mat rempit kembali ke pangkal jalan dan menjadi orang yang berguna selepas selesai menjalani program pemulihan selama 2 bulan.

“Kita berjaya pusingkan fikiran mereka supaya menjadi orang yang berguna. Ada masa depan, malah ada peserta kata dulu masa menjadi mat rempit selalu balik rumah kena marah, digelar kutu jalan.

“Sekarang mereka dah sedar, ada kata nak buka perniagaan, buka bengkel motosikal, malah ada juga yang kata mereka nak jadi polis supaya boleh tangkap kawan-kawan mereka yang masih merempit,” katanya.

Rosmah turut menceritakan bagaimana seorang ibu menangis di hadapan beliau mengucapkan terima kasih kerana menerusi Kem Perkasa anaknya kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi terjebak dengan aktiviti negatif.

“Itu satu kepuasan bagi saya melalui program ini. Harapan saya, selain membantu remaja, mahu juga bercadang mendapatkan tempat untuk golongan ibu belajar agama,” katanya dengan penuh bangga.

Mengulas lanjut, Rosmah berkata, Kem Perkasa bukan sahaja memberi fokus kepada golongan mat rempit, malah turut menyediakan peluang kemahiran lain seperti masakan, kecantikan, pendidikan dan fotografi.

“Harapan saya ingin melihat remaja mempunyai hala tuju dalam kehidupan mereka, saya ingin melihat mereka jadi orang berguna bukan sahaja pada keluarga tapi negara.

“Saya selalu cakap pada perdana menteri kita kena jaga remaja dari sekarang, tidak boleh biarkan mereka. Kita buat jalan raya bangunan cantik-cantik nanti, kita tidak ada mereka akan ambil alih.

“Jadi kalau kita tidak jaga mereka dari sekarang, nanti apa jadi pada pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sekarang,” katanya.

Saya tak boleh tidur sampai 2 pagi – Rosmah

Mahu buat kuih pun kena ada duit, Rosmah respons pengkritik


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments