Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan dibiar ‘rumah Umno’ musnah, kata Zahid

 | August 12, 2017

Ahmad Zahid mengakui bukan mudah untuk mempertahankan ‘rumah Umno’ yang telah berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih kukuh dan perlu terus dipertahankan.

zahid-umno-1

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar anggota Umno sama-sama mempertahankan ‘Rumah Umno’ daripada dicerobohi oleh pihak, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah.

Menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai ‘rumah’, Ahmad Zahid, naib presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, berkata sememangnya menjadi tanggungjawab anggota parti untuk mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.

“Kita yang berada di rumah Umno ini, memang tanggungjawab kita menentukan bahawa jikapun rumah kita bertingkapkan kaca, berdindingkan besi, kita tidak mahu mana-mana tokoh atau bekas pemimpin atau individu cuba membaling batu ke cermin tingkap rumah kita,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini malam tadi.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan ‘rumah Umno’ yang telah berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih kukuh dan perlu terus dipertahankan, selain dipermodenkan mengikut peredaran semasa.

“Rumah itu harus dipertahankan dan jangan dirobohkan untuk jadi rumah baru kerana tiang serinya masih kukuh, lantai yang mula bocor itu kita tampal dan jika boleh kita ganti lantai dengan lantai baru,” tambah Ahmad Zahid, diringi tepukan gemuruh anggotaq perwakilan yang hadir.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan semua anggota Umno bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dianggap sebagai ibu kepada PRU dan merupakan 1 peperangan besar bagi parti keramat itu.

“Sebagai pejuang parti, kita bukan pejuang materialistik tetapi untuk memastikan kemenangan, kita memerlukan komitmen semua untuk memastikan kemenangan pada pilhan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pulai yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Md Jais Sarday.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments