Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ketegangan AS-Korea Utara beri tekanan ke atas Bursa Malaysia

 | August 12, 2017

Sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar AS akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.

Nazri-Khan-Adam-Khan-1

KUALA LUMPUR: Trend menurun di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu depan ketika selera risiko untuk ekuiti kekal lembap kerana penggiat pasaran menunggu perkembangan positif daripada ketegangan geopolitik Amerika Syarikat-Korea Utara bagi meningkatkan sentimen.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, sentimen berhati-hati berikutan ancaman nuklear di samping kejatuhan harga komoditi serta penyusutan ringgit berbanding dolar US, akan terus menyebabkan pelabur enggan memasuki pasaran.

Bagaimanapun, katanya, keadaan ekonomi yang lembap hanya untuk sementara kerana penganalisis berpendapat, ia hanya retorik dan kewarasan (berkaitan ancaman pelancaran peluru berpandu) akan kekal.

“Di pasaran tempatan, asas ekonomi masih kukuh dengan pertumbuhan eksport yang mantap baru-baru ini, antara prestasi terbaik serta beberapa pengumuman pendapatan korporat yang positif. Saya berpendapat Bursa akan kembali neutral minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Nazri berkata, paras sokongan untuk minggu depan akan berada pada 1,760 dan 1,750, kerana keadaan semasa akan menawarkan peluang pembelian yang besar kepada pelabur untuk mengumpul saham di bawah nilai.

Untuk minggu baru berakhir, penanda aras FBM KLCI merosot 7.57 mata kepada 1,766.96 berbanding 1,774.53 minggu lepas.

Pergerakan dagangan hanya dipengaruhi turun naik harga minyak di samping perkembangan luaran, terutama ketegangan yang semakin meningkat antara AS dan Korea Utara.

Presiden AS, Donald Trump berjanji akan memberi tindak balas secara paling keras kepada sebarang ancaman Korea Utara dan Pyongyang pula menimbang untuk melancarkan peluru berpandu ke atas Guam sebagai respons terhadap kenyataan Trump tersebut.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments