Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Malaysia bukan lagi negara sederhana, kata akademik AS

 | August 12, 2017

Profesor Zachary Abuza berkata malangnya komen Shahidan mencerminkan sikap tidak bertoleransi dalam masyarakat Melayu mengenai hal-hal agama.

Zachary-Abuza_malaysia_new600

PETALING JAYA: Malaysia bukan lagi sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan seperti yang pernah dialami sebelum ini, demikian menurut Profesor Zachary Abuza, ahli akademik yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat.

Bercakap kepada Channel NewsAsia (CNA), pakar dalam bidang politik dan keselamatan Asia Tenggara di Kolej Perang Kebangsaan Washington itu respons kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa ateis di Malaysia harus “diburu”.

“Malangnya komen menteri mencerminkan sikap tidak bertoleransi dalam kalangan masyarakat Melayu mengenai hal-hal agama.

“Ini merupakan gambaran yang ramai melihat minoriti etnik dan agama minoriti Malaysia sebagai penghalang jalan untuk melaksanakan sepenuhnya undang-undang syariah (di negara ini),” kata beliau.

Beliau menambah, kumpulan minoriti nampaknya sangat mengambil berat tentang perubahan kemasyarakatan menyeluruh yang berlaku.

“Malaysia bukanlah sederhana seperti dulu.”

Kebimbangan yang sama telah dinyatakan oleh pakar kafirisme dan ulama Islam, Ahmad el-Muhammady.

“Pendapat ini boleh dianggap salah oleh pelampau. Kepada saya, ia bukanlah 1 pernyataan yang baik yang dapat difahami dengan mudah oleh mereka yang tidak berpendidikan.

“Tetapi setakat ini, tidak ada petunjuk (keganasan). Agensi-agensi perisikan sedang memantau,” kata Ahmad, menurut CNA.

Beliau mengakui komen Shahidan boleh mencetuskan sentimen ketegangan di kalangan pelampau Islam di negara ini untuk menyerang ateis.

Sementara itu, pakar undang-undang perlembagaan Shad Saleem Faruqi mengingatkan kerajaan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak mengklasifikasikan ateisme sebagai jenayah.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai murtad dan “ia tidak mengharamkan murtad dan tidak membenarkannya.”

“Kanun Keseksaan juga tidak menghukum kemurtadan walaupun menghina agama adalah kesalahan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan,” kata beliau kepada CNA.

Beliau yang merupakan profesor undang-undang di Universiti Malaya bagaimanapun menambah, isu ini menjadi rumit disebabkan hakikat kebanyakan negeri di Malaysia membuat undang-undang sendiri untuk mengkriminalisasikan murtad

“Pandangan alternatif, ia adalah dosa, bukannya jenayah, di mana Nabi Muhammad dalam Perjanjian Hudabiyah membenarkan orang-orang murtad Muslim untuk hidup dengan aman, tidak diendahkan,” katanya lagi.

Pada 8 Ogos, Shahidan dilaporkan berkata ateisme bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menggesa pihak berkuasa agama untuk membantu mendidik orang Islam yang menjadi ateis dan mengembalikannya kepada kepercayaan mereka.

“Saya cadangkan kita menjejaki mereka dan mengenal pasti setiap daripada mereka. Selepas itu, kita perlu membawa mereka kembali ke jalan yang betul.

“Ini adalah negara keagamaan. Kami mempunyai Islam, kita mempunyai agama lain – Kristian, Buddhisme, Konfusianisme dan Hindu – tidak ada seorang pun tanpa agama,” katanya.

Komen menteri itu muncul 2 hari selepas kerajaan mengatakan ia akan menyiasat sama ada mana-mana umat Islam telah menyertai atheis, sebuah organisasi yang berpangkalan di Kanada.

Ini adalah selepas kumpulan itu menyiarkan gambar ahli-ahlinya yang menghadiri perhimpunan, yang mencetuskan kegelisahan di kalangan beberapa orang Islam dan menyebabkan ancaman kematian dan keganasan terhadap kumpulan terbabit di media sosial.

Shahidan arah jabatan agama buru pengikut ateis


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments