Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peguam teruskan usaha batal perintah reman exco Pulau Pinang di Kedah

 | August 12, 2017

Ia susulan kegagalan pasukan peguam Phee Boon Poh mendapatkan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menyemak semula perintah reman ke atas exco negeri itu yang diluluskan sebuah mahkamah rendah hari ini.

Ramkarpal-Singh-Phee-Boon-Poh2GEORGE TOWN: Selepas gagal mendapatkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan perintah reman ke atas exco negeri, Phee Boon Poh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), peguamnya akan meneruskan usaha mereka di mahkamah di Alor Setar, esok.

Seorang daripada peguamnya, Ramkarpal Singh berkata, disebabkan tiada petugas di badan kehakiman Pulau Pinang untuk memproses permohonan mereka di negeri itu, mereka beralih ke ibu negeri Kedah esok.

“Kami sudah cuba mendapatkan hakim kanan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail di rumahnya di Jalan Tunku Abdul Rahman, tetapi gagal,” katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau berkata, disebabkan semua Mahkamah Tinggi Malaya boleh mendengar kes dari mana-mana kawasan di Semenanjung Malaysia, maka mereka akan pergi ke Alor Setar, esok kerana Ahad ialah hari bekerja di negeri itu.

Terdahulu, Ramkarpal dan seorang lagi peguam, RSN Rayer pergi ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, tetapi dimaklumkan pengawal keselamatan tiada seorang pun petugas badan kehakiman yang boleh memproses permintaan mereka.

“Saya harap kami akan berjaya di Alor Setar, esok kerana ini membabitkan kebebasan seseorang. Ia berkaitan kebebasan seorang individu ditahan,” kata Ramkarpal.

Pasukan peguam Phee mahu memohon Mahkamah Tinggi menyemak semula perintah reman 5 hari yang dikeluarkan penolong pendaftar sebuah mahkamah rendah awal hari ini ke atas adun Sungai Puyu itu yang disifatkan “tidak teratur”.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri hari ini mengemukakan permohonan reman 7 hari ke atas Phee untuk disiasat atas dakwaan menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk merasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Dua lagi lelaki yang turut ditahan dalam kes itu – bapa berusia 70 tahun dan anaknya berusia 37 tahun – pemilik kilang penapis karbon yang dikatakan beroperasi secara haram lebih 10 tahun.

Reman exco Pulau Pinang tak teratur, peguam mahu Mahkamah Tinggi tindak

Exco Pulau Pinang direman 5 hari bantu siasatan SPRM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments