Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pembangkang janji bawa balik aset berkaitan 1MDB disita AS

 | August 12, 2017

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pembangkang perlu memenangi PRU14 untuk 'berkuasa' supaya aset didakwa berkaitan 1MDB di AS boleh diselamatkan.

izzah-doj-1mdb2PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu pembangkang mengambil tindakan menyelamatkan aset didakwa ada kaitan dengan 1MDB di Amerika Syarikat dan memperbaiki reputasi Malaysia di mata dunia.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, imej negara terjejas susulan tindakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ) meningkatkan siasatan terhadap aset itu kepada siasatan jenayah.

Beliau berkata, penting untuk Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) untuk “berkuasa” supaya aset di AS yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB milik kerajaan pusat, diselamatkan.

“Kami mahu mengambil balik aset tersebut. Jangan lupa aset tersebut sudah ditahan (oleh DoJ). Jadi kita tidak mahu ini berterusan dan kita harus cari jalan kerana ia mempunyai natijahnya sendiri.

“Kami akan bawa, menceritakan kisah benar kepada semua, dalam semua jelajah yang kami akan buat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan 1MDB juga perlu dihukum.

“Kenapa lindungi mereka? Saya tak faham. Apa sebabnya mereka perlu dilindungi,” katanya sambil menambah negara berisiko kehilangan banyak dana jika isu 1MDB tidak ditangani.

Beliau juga kecewa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan negara berada dalam keadaan itu.

“Pada saya, ia menunjukkan apa yang kami takutkan sebelum ini, amaran yang kami berikan untuk menyelamatkan dana Malaysia dan juga nama Malaysia ternyata dan terbukti,” katanya sambil menambah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai kebimbangan sama pada 2010.

Izzah berkata demikian selepas perasmian Spera, sebuah aplikasi mudah alih sistem pengurusan data pilihan raya.

Katanya, aplikasi itu membantu pengundi memeriksa status mereka dalam daftar pemilih dan mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan mengundi mereka serta data pengundi baru.

Beliau berkata, aplikasi itu yang dibangunkan Institut Darul Ehsan itu akan membantu menjadikan sistem pilihan raya lebih bersih dan adil.

Khamis lalu, DoJ dilaporkan memohon menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low, selepas agensi itu meningkatkan siasatannya kepada siasatan jenayah terhadap dana didakwa dilarikan daripada 1MDB untuk membeli hartanah dan aset lain berjumlah lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion).

Pegawai DoJ dilaporkan berkata, meneruskan tindakan agensi itu untuk merampas aset mungkin mempunyai “kesan buruk” ke atas keupayaannya menjalankan siasatan jenayah.

Siasatannya membabitkan usaha mengesan berapa banyak wang yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan, tetapi disalah guna untuk membeli pelbagai aset termasuk hartanah mewah, karya seni, penerbitan filem, sebuah kapal layar mewah dan jet peribadi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments