Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda Umno saran Proton-Geely bina kilang di Sabah

 | August 12, 2017

Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu berkata, Sabah merupakan negeri sesuai untuk kilang automotif Proton-Geely di luar Semenanjung berdasarkan lokasinya yang strategik dan berada dalam kawasan BIMP-EAGA.

Bahrin-geely-proton1KOTA KINABALU: Pemuda Umno Kota Kinabalu mencadangkan pengeluar kereta nasional Proton yang menjalin kerjasama strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding), membina kilang automotifnya di Sabah.

Ketua Pemudanya, Mohd Bahrin Abd Karim berkata, Sabah merupakan negeri sesuai untuk kilang automotif Proton-Geely di luar Semenanjung berdasarkan lokasinya yang strategik dan berada dalam kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Proton baru-baru ini menjalin kerjasama strategik dengan Geely Holding, dari China, bagi melonjakkan semula pengeluaran kereta Proton di peringkat antarabangsa, termasuk di Asia Tenggara.

Bahrin berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang, Sabah akan mempunyai pelabuhan bertaraf dunia di Sepanggar serta Lebuhraya Pan Borneo yang mampu menghubungkan Sabah dengan wilayah lain dalam BIMP-EAGA, khususnya Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“Pemuda Umno KK berpendapat, sudah tiba masa Sabah mempunyai sebuah kilang automotif untuk merebut potensi pasaran kenderaan bermotor dalam kawasan wilayah BIMP-EAGA ini,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kota Kinabalu hari ini.

Persidangan itu dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Mengulas lanjut, Bahrin berkata, menerusi pembukaan kilang Proton di Sabah, beliau optimis ia secara langsung dapat membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak muda Sabah dalam bidang automitif, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran.

Bahrin turut mencadangkan DRB-Hicom, yang dahulunya mempunyai cawangan di Sabah, mewujudkan semula cawangan mereka sebagai persediaan terhadap cadangan itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments