Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Arul Kanda paling tak layak ketuai Khazanah, dakwa Tony Pua

 | August 13, 2017

Justeru Tony Pua berkata, Arul Kanda secara automatik harus digugurkan daripada pertimbangan untuk dilantik mengetuai Khazanah.

arul-kanda-khazanah-nasional-tony-puaPETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang kelihatan terkejut dengan laporan Arul Kanda Kandasamy kini dipertimbangkan sebagai calon pengarah urusan Khazanah Nasional Bhd mendakwa beliau mempunyai rekod “buruk dan memalukan” sepanjang mengepalai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Justeru menurut pemimpin DAP ini, Arul Kanda secara automatik seharusnya digugurkan daripada pertimbangan untuk dilantik mengetuai Khazanah.

Baru-baru ini, The Malaysian Insight melaporkan Arul Kanda adalah salah seorang calon yang dianggap akan mengambil alih di Khazanah selepas Tan Sri Azman Mokhtar bersara sebagai pengarah urusan pada 2019.

“Rakyat Malaysia hanya boleh menggigil akan kebimbangan apabila memikirkan Khazanah Nasional yang bernilai RM145 bilion, yang agak sihat pada hari ini, diterajui oleh orang yang sama, yang mengetuk paku terakhir dalam keranda 1MDB,” kata beliau yang merupakan antara pengkritik utama 1MDB, menerusi kenyataan hari ini.

Arul Kanda, 40, sebelum ini merupakan ahli perbankan yang berpangkalan di Abu Dhabi, dilantik menerajui 1MDB bermula Januari 2015 bagi menggantikan Mohd. Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif.

Beliau dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB.

Mengulas lanjut asasnya, Pua berkata, 1MDB gagal memenuhi tanggungjawab penyelesaiannya dengan IPIC menjelang akhir bulan lepas.

“Walaupun mendakwa sejak 24 April tahun ini pembayaran balik kepada IPIC akan dipenuhi menerusi pengewangan unit pelaburan 1MDB yang terakhir diketahui ada di Singapura, IPIC terpaksa 2 kali memperpanjangkan tamat tempoh pembayaran ansuran pertama yang dijadualkan pada 31 Julai 2017,” kata beliau.

Pada 11 Ogos, 1MDB berkata ia telah membayar IPIC sebanyak AS$350 juta, 3 hari selepas dana negara Abu Dhabi memberinya sehingga 31 Ogos untuk membuat pembayaran penyelesaian hutang bernilai AS$ 603 juta (RM2.6 bilion).

Di bawah perjanjian April lalu dengan IPIC, 1MDB bersetuju membayar AS$1.2 bilion (RM5.16 bilion) dalam 2 ansuran, dengan jumlah pertama AS$603 juta yang akan dibayar pada 31 Julai.

Pua berkata bayaran separa yang dibuat adalah “diselubungi misteri”, dan jelas bahawa unit 1MDB ‘tidak dimuktamadkan’ sementara sumber dana 1MDB juga tidak jelas.

Pua juga memetik percubaan 1MDB untuk menjual 60% daripada Bandar Malaysia kepada konsortium yang diketuai oleh Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd.

“Walaupun 1MDB telah mengutip 10% daripada penjualan berjumlah RM741 juta sebagai ‘deposit’, Kementerian Kewangan perlu menamatkan kontrak kerana kegagalan berulang kali IWH memenuhi kewajipannya, (dan) ia adalah kementerian kewangan malaysia yang terpaksa mengembalikan deposit RM741 juta kepada pembeli,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments