Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

BN perlu model baharu agih kerusi jika mahu menang besar

 | August 13, 2017

Kata Khairy, model lama pengagihan kerusi berdasarkan kepada sejarah dan sebagainya tidak boleh pakai lagi.

Khairy-Jamaluddin-bendera-bnPETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) tidak boleh menggunakan model lama pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno dan BN berkata, perikatan itu yang menerajui kerajaan pusat sejak negara merdeka 6 dekad lalu berkata, sudah sampai masanya BN menggunakan model baharu yang boleh menjamin kemenangan besar.

“Model lama pengagihan kerusi berdasarkan kepada sejarah dan sebagainya, tidak boleh pakai lagi.

“Kita kena pakai model mana kemungkinan besar boleh menang, itulah parti yang kita letak.”

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Khairy menjawab soalan mengenai permintaan dan saranan agar kawasan yang pengundi majoritinya Melayu diserahkan kembali kepada Umno.

“Pandangan peribadi saya adalah calon yang kita letak mestilah calon yang boleh memaksimumkan peluang kita menang di mana-mana kawasan.

“Sekiranya di kawasan itu, calon MCA yang mempunyai peluang paling tinggi untuk menang, maka patut letak calon MCA.

“Tapi kalau ada kawasan yang mana calon Umno ada peluang paling tinggi untuk menang, letak calon Umno,” katanya.

Kata beliau, selain itu BN juga perlu mengubah prinsip soal kuota dan sebagainya.

“Kuota lama perlu diubah dengan pendekatan baharu. Itu mungkin menyebabkan Umno kena bagi 1 atau 2 kerusi dan MCA kena bagi 2 atau 3 kerusi. Kita kena lihat semulalah.

“Kita hendak tubuhkan kerajaan. Kita bukan hendak jadi calon tetapi kita hendak menang dan jadi wakil rakyat,” kata beliau sambil menambah, “mesejnya kita hendak jadi wakil rakyat, bukan hendak jadi calon.”

“Kalau kita hendak jadi calon tapi tak menang, buat apa.”

Mengenai kelemahan yang ada pada BN yang perlu diperbaiki, Khairy berkata, beliau mahu sumbangan yang seimbang daripada semua parti.

“Ini teguran kepada semua. Saya tidak mahu parti komponen kata sekali lagi Ketua Pemuda Umno mengkritik parti komponen,” kata beliau.

Sambil menegaskan semua pihak perlu mengakui kelemahan masing-masing, Khairy berkata, selama ini Umno telah menyumbang banyak kepada kemenangan BN tetapi benda yang sama tidak dapat dilihat daripada parti komponen.

“Jadi, saya mahu anggap apa yang saya nyatakan ini bukan kritikan tetapi teguran positif bahawa mereka perlu memantapkan lagi gerak kerja. Umno boleh pergi rumah ke rumah dengan program Jalinan Rakyat.

“Wanita, Pemuda dan Puteri mendekati dan menyantuni setiap seorang pengundi tetapi kenapa mereka tidak boleh buat?

“Saya berharap mereka boleh menjejak pengundi seperti mana yang kita lakukan. Zaman kita menganjurkan majlis makan malam beramai-ramai sudah tidak boleh pakai lagi, sebaliknya kita perlu bersemuka dengan setiap orang,” katanya.

Selain itu, menurut beliau, dari segi media sosial, respons terhadap isu-isu yang berbangkit lebih baik dari dahulu tetapi perlu mengelakkan daripada melakukan propaganda berlebihan dan dilihat tidak masuk akal.

“Ada kecenderungan kita melakukan propaganda melampau sehingga rakyat berasa tidak senang dengan pendekatan tersebut.

“Tetapi secara keseluruhan lebih baik daripada dahulu namun harus pastikan pendekatan kita jangan keterlaluan sehingga boleh memberi kesan tidak baik kepada kita,” kata Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau.

Malah menurut Khairy, BN perlu mencari beberapa tokoh untuk menjadi calon yang boleh menawan hati rakyat.

Katanya, mereka tidak semestinya orang muda, tetapi mempunyai ketokohan dan kewibawaan tersendiri.

“Carilah tokoh korporat, tokoh cendekiawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau aktivis mana-mana yang sudah ada nama. Bahagian-bahagian Umno pula harus memberi sokongan apabila kita pilih mereka,” kata beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments