Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dr M: Jika nak menang, jangan ungkit kisah Anwar dipenjara masa saya

 | August 13, 2017

Bekas perdana menteri berkata, jika isu lama masih diungkit ia akan menyebabkan perpecahan sesama pembangkang sekali gus menyukarkan usaha menjatuhkan Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

VIDEO INSIDE

mahathir-anwar

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak mengungkit kisah silam Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan ketika beliau menjadi perdana menteri.

Kata beliau, jika isu lama masih diungkit ia akan menyebabkan perpecahan sesama pembangkang sekali gus menyukarkan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang.

“Sya jumpa dengan Anwar yang peliknya dia tidak tanya soalan itu, tapi Anwar setuju untuk jatuhkan Najib. Anwar tidak tegur saya buat niaya pada dia atau tidak, itu perkara lama. Kalau kita nak ungkit perkara lama sampai sudah tak habis.

“Saya jumpa Anwar banyak kali, Anwar tak minta pun saya minta maaf.

“Semua orang banyak dosa, kalau ungkit benda lama ia akan pecah belahkan kita. Kalau kita nak menang, kita bersatu jangan soal tentang perselisihan faham antara kita, fokus kepada objektif kita jatuhkan Najib,” katanya pada forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya adakah Anwar dipenjara semasa beliau menjadi perdana menteri kerana kesalahan liwat atau permusuhan politik.

Penjelasan dibuat Dr Mahathir itu mengamatkan dewan seketika.

Pemuda Umno halang PPBM serah ‘jemputan khas’ kepada Najib

Tanya apa sahaja di forum ‘Nothing to Hide 2.0’, kata Dr M


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments