Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hampir 2,000 akaun sebar maklumat palsu ditutup

 | August 13, 2017

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menjalin kerjasama dengan platform antarabangsa bagi memerangi penyebaran maklumat palsu.

salleh-keruak-facebook-tutupLUMUT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertindak proaktif menjalinkan kerjasama dengan platform antarabangsa bagi memerangi penyebaran maklumat palsu dan telah menutup hampir 2,000 akaun palsu yang dikenal pasti di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan itu dilakukan dengan kerjasama platform media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

“Tetapi soal akaun palsu akan berterusan kerana akaun palsu ini dihoskan di luar negara.

“Jadi kita harus bekerjasama dengan mereka dan kita mempunyai kerjasama yang baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lumut, di sini hari ini.

Menurut Salleh, yang juga bendahari Umno, penyebaran berita palsu dan juga serangan ke atas individu-individu tertentu yang dilakukan melalui media sosial harus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

“Kalau mereka marah pemimpin, mereka buka akaun FB (Facebook) palsu dengan pakai nama samaran, lepas itu kritik mana-mana pemimpin yang mereka tidak minat, lepas itu padam akaun tersebut.

“Sebab itu hampir 2,000 akaun palsu telah kita kenal pasti dan kita padam,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments