Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan jadi ‘tukang kipas’, Zahid nasihat akar umbi

 | August 13, 2017

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja.

TapahTAPAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja.

Sebaliknya, naib presiden Umno ini berkata laporan dari bilik gerakan perlulah telus termasuk menyatakan sekiranya sokongan yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) kurang memberangsangkan.

“Laporan bila kita (pemimpin) balik kawasan semua cantik…mereka tukang kipas betul, sebab kalau turun (sokongan) mereka kena jawab.

“Cerita yang benar, jangan jadi tukang kipas, kalau kita kurang sokongn kita baiki, kalau kurang (sokongan) tetapi dalam penyata kita diberitahu sokongan tinggi itu yang punah,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tapah di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden mengambil contoh, situasi yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pilihan raya umum ke-11 (PRU11) sehinggakan beliau hanya mendapat 261 majoriti undi dalam Parlimen Pekan.

“Undi lebih sikit aja sebab bila balik ke kawasan tengok laporan bilik gerakan naik. Tapi dalam PRU12 naik 20,000 dan PRU13 naik lebih 22,000,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan isu nasional bukan faktor utama yang menyebabkan undi di sesuatu kawasan menurun, sebaliknya perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jentera dan pemimpin merupakan kayu pengukur.

Katanya, jentera parti perlulah sentiasa menjalankan kerja dan tanggungjawab walaupun pemimpin atasan tidak balik ke kawasan.

“Jentera perlu turun ke bawah betulkan persepsi, jangan turun bila pemimpin turun, bila pemimpin tak balik jentera pun tak peduli.

“Itu bukan cara kerja jentera di peringkat bawah, walaupun pemimpin tak turun kerja tetap kena jalan, sebab saya banyak kali beritahu kita bukan parti politik bermusim,” katanya.

Ahmad Zahid juga optimis pengundi masyarakat Cina akan kembali menyokong BN pada PRU14 selepas golongan tersebut kini sedar mereka telah ditipu oleh pembangkang.

“Kita perlu melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan masyarakat Cina sebab mereka ingin rapat dengan kita,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments