Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerana status sanggup beli pingat palsu, kata pakar

 | August 13, 2017

Kata Azlina, individu tertentu membeli gelaran palsu untuk dimasukkan dalam kalangan 'elit' ini dan diiktiraf oleh orang lain.

Status-payPETALING JAYA: Minda feudalistik dalam masyarakat pada hari mendorong individu tertentu untuk membeli gelaran palsu demi mendapatkan status sosial dan pengiktirafan, kata pakar psikologi klinikal Azlina Mohd Ghaffar.

“Budaya kita telah dipengaruhi oleh peraturan royalti, di mana kita melihat kepada orang-orang kelas sosial yang lebih tinggi dan oleh itu sesetengah orang mahukan orang lain untuk memandang mereka sama seperti itu.

“Mereka membeli gelaran palsu untuk dimasukkan dalam kalangan ‘elit’ ini dan diiktiraf oleh orang lain,” kata beliau kepada FMT ketika ditanya mengapa individu tertentu sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan gelaran palsu.

Azlina mengulas laporan mengenai serbuan polis pada majlis penyerahan pingat di Alor Setar Khamis lalu di mana 95 orang dianugerahkan gelaran dan pingat palsu.

Seorang “Datuk” berusia 50-an ditangkap atas peranannya dalam penipuan itu, yang dikatakan dilakukan dengan menggunakan nama seorang anggota keluarga diraja.

Bakal pembeli perlu memasukkan RM5,000 ke dalam akaun bank persatuan sukarelawan yang menganjurkan majlis itu. Apabila bayaran dibuat mangsa akan diberikan pingat Ahli Kehormat Pingat Setia Raja Negara (PSRN).

Azlina percaya tidak ada kehormatan dalam membeli gelaran kerana orang ramai tidak akan memandang tinggi mereka yang terbabit.

“Saya tidak fikir sesiapa boleh ‘membeli’ pengiktirafan daripada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, ketua biro perkhidmatan awam dan aduan MCA Datuk Michael Chong berkata, sikap tamak yang mendorong seseorang itu untuk membeli gelaran palsu.

“Mereka berfikir dengan gelaran ‘Datuk’ mereka, mereka dengan mudah boleh mendapatkan peluang perniagaan dan juga menarik orang lain untuk mendekati mereka,” katanya sambil menambah, orang ramai mudah tertarik dengan mereka yang mempunyai “Datuk” di depan nama mereka.

Chong memberitahu mangsa dan individu yang menjual gelaran palsu tidak mengetahui undang-undang baharu yang boleh menghukum penjual dan pembeli pingat palsu.

Kesalahan yang berkaitan dengan Akta Anugerah diluluskan oleh Parlimen tahun lalu dan mereka yang didapati bersalah menjual jawatan palsu akan didenda sehingga RM10,000 atau menghadapi hukuman penjara 3 tahun. Sesiapa yang didapati bersalah membeli gelaran palsu juga menghadapi hukuman penjara sehingga 3 tahun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments