Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ku Nan mahu BN rampas Selangor, rakyat kembali pangkal jalan

 | August 13, 2017

Kata Tengku Adnan, ahli dan pemimpin Umno Selangor perlu mencari punca kekalahan dan jalan mendekati rakyat supaya kembali menyokong BN.

ku-nan-tengku-adnan-umno-1-1PETALING JAYA: Sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) yang menjadi nadi kemajuan Selangor sejak merdeka, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu rakyat negeri itu kembali ke pangkal jalan bagi perikatan itu merampas balik negeri paling kaya itu.

Setiausaha agung BN ini berkata penyokongnya perlu bekerja keras sekiranya parti itu mahu kembali memerintah Selangor setelah 2 penggal kecundang kepada pakatan pembangkang.

Beliau yang juga setiausaha agung Umno berkata, pembangunan yang dinikmati rakyat Selangor kini hasll usaha dan penat lelah Umno dan BN, sekali gus ia tidak boleh diserahkan kepada pembangkang begitu sahaja.

Katanya, ahli dan pemimpin Umno Selangor perlu mencari punca kekalahan serta mencari jalan mendekati rakyat supaya kembali menyokong BN.

“Petaling Jaya ini dah cantik, dah indah sekarang. Tetapi mereka sedarkah datuk dia, bapa dia yang bertungkus-lumus, kerja keras untuk pastikan keuntungan di masa hadapan.

“Lepas bangunkan, senang-senang nak bagi kepada pembangkang? Kita punya lah ‘reserve’ berbilion-bilion.”

Beliau seterusnya bertanya: “Selangor ni gila ke apa?”

“Saya cuma bagi tahu apa yang saya rasa,” kata beliau, yang juga setiausaha agung BN, ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Petaling Jaya Utara hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan yakin rakyat Selangor akan kembali menyokong Umno dan BN sekiranya akar umbi menjelaskan tentang sejarah dan matlamat yang diperjuangkan demi kepentingan masyarakat seluruhnya.

“Kita semua ada sejarah, tenungkan siapa kita dulu? Tiga puluh tahun dulu bagaimana rupa paras Petaling Jaya, sekarang dah ubah.

“Sebab kita nak pastikan kita berkhidmat untuk masyarakat, untuk mencapai matlamat menjadikan negara kita maju aman dan sejahtera,” kata beliau yang mesra dikenali sebagai Ku Nan.

Katanya, kerajaan pakatan pembangkang di Selangor masih gagal membangunkan negeri dengan sendiri apabila masih lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan pusat untuk mentadbir negeri.

“Nasib kerajaan persekutuan masih lagi BN, Selangor itu masih lah lagi boleh dibantu, boleh ditengok apa yang patut, kalau BN bukan kerajaan persekutuan, mungkin dewan ni pun tak ada orang.

“Sebab itu saya kata kita kena rampas Selangor balik. Kita nak rakyat Selangor balik ke pangkal jalan, jangan dulu duduk rumah setinggan, sekarang kita masuk Umno Cawangan, dah nampak pembangunan, jangan kita cemuh Umno, kita hantar anak muda belajar di luar negara, balik sini cemuh UmnoO,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments