Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Mahkamah Tinggi Alor Setar tolak cubaan bebas exco Pulau Pinang

 | August 13, 2017

Hakim berkata, permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana beliau mendapati mahkamah tinggi tersebut merupakan forum sesuai untuk mendengar permohonan itu.

Phee-Boon-Poh-3

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan semula untuk membatalkan perintah tahanan reman terhadap exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang dikeluarkan Mahkamah Majistret George Town.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu setelah meneliti hujah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam tertuduh.

Hashim berkata, permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana beliau mendapati mahkamah tinggi tersebut merupakan forum yang sesuai untuk mendengar permohonan itu.

“Setelah meneliti hujah-hujah, saya berpendapat sepatutnya permohonan ini difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,” kata hakim.

Permohonan semakan semula itu dikemukakan peguam tertuduh, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer dan ia turut dibuat untuk 2 lagi individu yang ditahan SPRM dengan diwakili peguam, Dev Kumaraendran.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, A Hafiizh Abu Bakar.

Jumaat lepas, Phee ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes sebuah kilang beroperasi secara haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam sejak 10 tahun lepas.

Phee yang juga pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM negeri itu.

Semalam, Mahkamah Majistret Pulau Pinang membenarkan perintah reman 5 hari bermula semalam ke atas Phee bersama pengarah dan pengurus kilang itu bagi membantu siasatan SPRM.

Permohonan semakan semula itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini kerana Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang bercuti pada Sabtu.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ramkarpal berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang esok.

Reman exco Pulau Pinang tak teratur, peguam mahu Mahkamah Tinggi tindak

Exco Pulau Pinang direman 5 hari bantu siasatan SPRM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments