Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Menteri: Pindaan akta perkahwinan tak babit pasangan Islam

 | August 13, 2017

Akta itu hanya terpakai untuk pembubaran perkahwinan pasangan bukan Islam yang didaftarkan di mahkamah sivil, sebelum seorang daripada mereka memeluk Islam.

jamil-khir

TASEK GELUGOR: Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis lepas tidak melibatkan pasangan suami isteri beragama Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, undang-undang itu hanya terpakai untuk pembubaran perkahwinan bagi pasangan bukan Islam yang dahulunya perkahwinan mereka didaftarkan di mahkamah sivil dan kemudiannya seorang daripada mereka memeluk Islam.

“Selama ini kita melihat apabila berlakunya kemasukan seseorang kepada Islam, jalan pembubaran (perkahwinan) itu tidak berlaku dan keadaan apabila pembubaran ini tidak dapat dilakukan, ia akan menyakitkan semua pihak.

“Kadang-kadang kefahaman yang lain pula melihat kesalahan itu diletakkan pada Islam, sedangkan satu pihak tidak dapat pergi ke mahkamah sivil untuk melakukan pembubaran perkahwinan asal dan satu pihak lagi tidak dapat datang ke Mahkamah Syariah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita Umno Tasek Gelugor, hari ini.

Justeru, katanya, pindaan dibuat bagi menambah baik kelompangan tersebut selepas pandangan semua pihak diteliti dan diambil kira.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagi memberi ruang kepada pasangan yang berkahwin dan memeluk Islam atau seorang daripada pasangan itu yang masih dalam agama asal untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.

Ini bagi mengelakkan tindakan sama ada oleh suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak atau harta mereka.

“Selagi status (perkahwinan) ini tidak diubah dan dipinda, ia akan menyebabkan perkahwinan tadi masih kekal sah, walaupun hidup dalam suasana terpisah,” katanya.

Pindaan akta perkahwinan diluluskan tanpa klausa tukar agama anak


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments