Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nothing to Hide: Pemuda disyaki buat kecoh dipukul lebih 10 lelaki?

 | August 13, 2017

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu polis menyiasat kekecohan yang tercetus dan mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba menegakkan keadilan sendiri.

mob-2

SHAH ALAM: Seorang pemuda yang disyaki mencetuskan kekecohan ketika bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada forum Nothing to Hide 2.0 dipercayai dipukul sekumpulan lelaki berbaju merah PPBM.

Sekumpulan lebih 10 lelaki itu mengejar pengacau disyaki itu dan menumbuknya berulang kali, sebelum menolaknya ke sebuah bilik yang dikunci dari dalam.

Wartawan FMT cuba memasuki bilik itu, tetapi diarah meninggalkan tempat berkenaan. Kedengaran bunyi seseorang dipukul dari dalam bilik terbabit yang dikawal ketat.

Kira-kira sejam kemudian, polis membawa dan mengiringi 2 suspek dari bilik VIP itu. Mereka kelihatan lemah dan tidak responsif.

Seorang daripada mereka memakai baju merah Pemuda PPBM.

Ketika ditanya mengenai pengacau disyaki pada sidang media kemudian, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu mengenainya.

“Saya benar-benar harap anda boleh serahkan video itu kepada polis. Ini bukan isu politik, ini ialah isu jenayah.

“Jika ada ahli yang didapati cuba menegakkan keadilan sendiri, kami harap polis akan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Kerana apa yang salah tetap salah,” katanya.

Kekecohan tercetus sekitar 5.30 petang tadi, pada forum Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, ketika Pengerusi PPBM, Dr Mahathir menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985, semasa beliau menjadi perdana menteri.

Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau tiba-tiba membaling kasut dan disusuli suar, kerusi dan botol air ke arah pentas khas yang disediakan, di mana Dr Mahathir berdiri ketika itu.

Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak cedera dan memberitahu penganjur yang beliau tidak kecil hati dengan cubaan menyerangnya, sebaliknya beliau memuji cara penganjur mengawal kekecohan yang tercetus.

“Kita tidak jangka benda ini berlaku, kami minta maaf dengan Tun, tapi Tun kata tak apa ini perjuangan demi negara, agama, bangsa kita untuk selamatkan negara,” kata pengarah forum itu, Ashraf Mustaqim selepas mengiringi Dr Mahathir meninggalkan kompleks itu.

*Ivy Chong menyumbang kepada laporan berita ini.

Nothing to Hide 2.0: Bom asap dibaling, forum Dr M ‘diserang’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments