Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pegawai khas PM: Azizah dan Azmin jumpa Hadi, bukti PH ‘krisis’

 | August 13, 2017

Amanah dan PPBM sepatutnya berkecil hati dengan PKR kerana mengkhianati kawan dalam Pakatan Harapan.

Rizal-Mansor-azmin-ali-abdul-hadi-wan-azizahPETALING JAYA: Datuk Rizal Mansor hari ini mendakwa PKR tidak begitu yakin dengan kekuatan yang ada pada Amanah dan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) untuk mendepani Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pegawai khas perdana menteri itu membuat sidiran apabila pemimpin tertinggi PKR, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara semalam.

“Krisis ketidakyakinan sesama mereka antara PKR, PAN (Amanah) dan PPBM tidak boleh diselindungkan lagi.

“Mengikut catatan, Dr Kamarul Yusoff semalam, ucapan pemimpin Amanah sewaktu merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan menunjukkan hubungan yang begitu tegang antara ketiga-tiga parti berkenaan.

“Malam tadi, presiden dan timbalan presiden PKR seolah-olah mengesahkan apa yang diucapkan oleh pemimpin Amanah di Kelantan dan apa yang dicatatkan Dr Kamarul Yusoff adalah benar. Apabila kedua-dua pimpinan tertinggi PKR itu mengadakan kunjungan ‘ziarah’ ke atas Presiden PAS.”

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat berjaya membina hubungan baik dengan Hadi merupakan antara pemimpin Umno dan BN yang mengunjungi beliau sejak dirawat di Institut Jantung Negara.

Rizal berkata ia cukup untuk menunjukkan kepada Amanah dan PPBM yang PKR masih mengharapkan PAS untuk menghadapi PRU14.

“Dalam erti kata lain PKR tidak meyakini Amanah dan PPBM,” kata Rizal sambil mendakwa hubungan PKR dengan Amanah dan PPBM dalam PH semakin tegang.

Semalam, Hadi menerima kunjungan Wan Azizah dan timbalannya, Azmin di ibu negara. Turut serta Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Perkara itu diketahui menerusi laman sosial Hadi dan Azmin.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci dinyatakan mengenai tujuan dan hasil pertemuan tersebut.

PAS pada 30 April lalu memutuskan kerjasamanya dengan PKR dan bertindak keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP.

PKR dituduh melanggar syarat “tahaluf siyasi” seperti menyokong Amanah dan menentang PAS dalam pilihan raya dan dilihat bersama DAP menentang keras usul Hadi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, Amanah dan PPBM sepatutnya berkecil hati dengan PKR kerana mengkhianati kawan dalam PH.

“Amanah berhak merasa kecil hati dengan tindakan PKR yang bermain di belakang mereka. Dalam masa yang sama, PAS juga berhak merasa bangga kerana bekas pasangannya terus gila talak,” katanya.

Muktamar PAS sebulat suara terima usul putus hubungan dengan PKR


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments