Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemimpin NGO kecam tindakan ‘serang’ forum Nothing to Hide 2.0

 | August 13, 2017

Sambil menyoal punca kepada keganasan seperti yang berlaku hari ini mereka menggesa tindakan tidak bertanggungjawab itu dihentikan.

eric-paulsen

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin pertubuhan sivil mengutuk keganasan yang dicetuskan pada forum dihadiri bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menggambarkannya sebagai “peningkatan keganasan” kebelakangan ini.

“Apakah ini cara mengganggu seorang pemimpin berusia 92 tahun, membaling objek ke arah beliau dan juga (Dr) Siti Hasmah (Mohd Ali), yang berada di pentas,” kata Eric Paulsen, pengarah eksekutif Lawyers for Liberty.

“Apa yang cuba hendak dicapai oleh pihak tidak bertanggunjawab?” kata beliau kepada FMT sambil menambah, pihak berkuasa harus melihat ia sebagai insiden serius dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pada pandangan beliau, pihak tidak bertanggungjawab telah melakukan beberapa kesalahan jenayah dan boleh disiasat dan didakwa sebagai kesalahan rusuhan, mengakibatkan kerosakan awam, serangan, cubaan membakar dan pemilikan senjata haram seperti suar.

“Sekiranya ini terjadi pada mana-mana kejadian di mana seorang menteri hadir, saya yakin polis dan peguam negara tidak akan membuang masa untuk turun dengan tegas terhadap pelaku.”

Paulsen berkata persoalan yang lebih besar ialah mengapa peningkatan keganasan seperti ini berlaku sekarang.

“Kepada saya, orang ramai sudah berani kerana pada masa-masa lalu, tindakan keganasan terhadap pemimpin pembangkang atau tindakan provokatif anggota Umno tidak diambil serius.”

Paulsen memetik serangan terhadap pemimpin Amanah, Khalid Samad di Parlimen tahun lepas dan juga taktik menakutkan yang diketuai oleh pemimpin Umno Datuk Jamal Yunos semasa perhimpunan Bersih 2.0.

“Tidak ada tindakan yang sebenar diambil oleh pihak berkuasa dan ini serupa dengan menutup mata, yang menyebabkan keberanian di kalangan mereka yang cuba menimbulkan masalah.”

Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata kejadian itu mengingatkan tingkah laku yang sama berlaku pada pilihan raya umum lalu dan tidak memerlukan seorang bijak pandai untuk menyimpulkan siapa yang menjadi penyebabnya.

“Ini perlu dihentikan, sudah cukup,” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 ketika dihubungi sambil menambah, keganasan tidak boleh dilakukan atas apa jua sebab.

Orang ramai, aktivis hak sivil menegaskan harus menolak perbuatan sedemikian sementara para pemimpin harus memisahkan diri daripada dan mengutuk kejadian itu.

“Polis mesti bertindak pantas dan tegas.”

Sementara itu, Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata kejadian itu tidak dapat diterima.

“Ini tidak menggambarkan kesederhanaan, bukan cara Malaysia.

“Polis perlu berusaha dengan gigih untuk menangkap pelaku dan mencegah kejadian seperti itu pada masa-masa akan datang.”

Katanya, jika pihak berkuasa gagal bertindak dengan pantas, ia akan menghakis keyakinan orang ramai.

Forum Nothing to Hide 2.0 yang Dr Mahathir merupakan tetamu utama dihentikan apabila kasut dan botol dibaling ke arah beliau. Selain itu bom asap juga dilontarkan di Dewan Raja Muda Musa.

Insiden itu berlaku selepas seorang peserta mempersoalkan Dr Mahathir mengenai tragedi Memali yang berlaku pada November 1985 di Kedah ketika beliau menjadi perdana menteri.

Nothing to Hide 2.0: Bom asap dibaling, forum Dr M ‘diserang’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments