Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda Umno: Lawan Dr Mahathir mesti mula dari Kubang Pasu

 | August 13, 2017

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata, ini kerana daerah tersebut merupakan 'simbolik' kepada berpusatnya kepimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Khairul-Azwan-Harun-mahathir-mohamad-bendera-umnoJITRA: Usaha dan strategi untuk mempertahankan parti keramat Umno daripada terus diserang dan cuba dihancurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad perlu bermula di daerah Kubang Pasu, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata, ini kerana daerah tersebut merupakan ‘simbolik’ kepada berpusatnya kepimpinan Dr Mahathir selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

“Di Kubang Pasu ini kita sedar musuh nombor 1 kita ketika ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang cukup kita sayangi suatu ketika dahulu.

“Di bumi Kubang Pasu inilah menjadi saksi kesetiaan dan wala’ kita kepada dia suatu ketika dahulu, bahkan waktu itu kita tahu macam-macam perkara, tindakan dan pengakuan yang dia buat, tapi kerana wala’ kita mengizinkan, membenarkan dan menghalalkan apa jua tindakan dan ungkapan dikeluarkan beliau,” kata Khairul Azwan.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu di Dewan Institut Kemahiran Belia Jitra di sini semalam.

Sehubungan itu Khairul Azwan mahu anggota Umno di bahagian itu agar tidak takut dengan bayang-bayang Dr Mahathir yang pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu itu, sebaliknya bangkit menentang bekas pemimpin yang mempunyai banyak helah dan strategi untuk memecahkan Umno.

“Jalan dan laluan yang telah dipilih oleh dia (Dr Mahathir) tanpa ada paksaan oleh kita, pilihan dibuat sendiri oleh dia untuk meninggalkan kita dan bukan kita pecat dia, dia sendiri pilih untuk menentang kita, dia sendiri pilih untuk meninggalkan kita, ” katanya.

Menggunakan bahasa kiasan, Khairul Azwan berkata sudah tiba masanya anggota dan pemimpin Umno di kawasan itu mengguna pakai taktik ala ketenteraan dalam menentang ‘musuh nombor 1 negara itu’.

“Kalau masuk medan perang dan musuh cuba menyerang kita, maka kita mesti tembak dahulu dan untuk mengalahkan musuh kita mesti tembak di kepala, bukan kaki atau tangan.

“Hari ini itulah kita perlu buat untuk berhadapan dengan Dr Mahathir… hulubalang dan panglima perang mesti cari jalan untuk kalahkan dia dan bala tenteranya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments