Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pemuda Umno: Tunggu siasatan selesai, jangan tuding jari

 | August 13, 2017

Ketua Pemuda Umno itu mengecam keganasan yang berlaku pada forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM di Shah Alam, petang tadi.

kj

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan semua pihak tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum polis selesai menyiasat keganasan yang berlaku pada forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM petang tadi.

“Apa yang berlaku pada #Nothing2Hide perlu dikecam dan tidak boleh dibiarkan. Harap polis tangkap mereka yang bertanggungjawab.

“Saya mengecam apa yang berlaku, tetapi tunggu polis menyelesaikan siasatan sebelum anda mula tuding jari,” tulis menteri belia dan sukan itu di Twitternya.

Forum Nothing to Hide 2.0 yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, bertukar kecoh kira-kira 5.30 petang tadi ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling, Kedah pada September 1985 semasa beliau menjadi perdana menteri.

Pengerusi PPBM itu berkata, tragedi Memali diisytiharkan darurat kerana ia adalah prosedur operasi standard polis apabila 4 anggota polis turut terbunuh dalam kejadian itu.

Sebelum beliau selesai menjawab soalan itu, ada individu mula membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum melontar suar yang dinyalakan ke arah pentas di mana Dr Mahathir berdiri.

Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke atas pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu. Dr Mahathir tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan 3 suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk 2 pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun turut sependapat dengan Khairy yang tindakan menuding jari tanpa sebarang bukti hanya mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Apa yang berlaku pada #nothing2hide mengejutkan. Tetapi, ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan jika kita mula menuding jari tanpa bukti,” tulisnya di Twitternya.

Beliau turut menasihatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali tidak berfikiran sempit dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap presiden Umno.

Beliau merujuk dakwaan menteri besar Selangor itu terhadap Datuk Seri Najib Razak menggunakan gengsterisme untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gengsterisme untuk menutup mulut @chedetofficial. Najib pasti gagal.

“Najib tidak boleh sembunyi di belakang kasut, kerusi atau suar atau ancaman keganasan. Hadapi hakikat jika tiada apa untuk disembunyikan,” demikian kenyataan Azmin di sosial medianya.

Khairul menjawab tuduhan Azmin dengan berkata: “YAB, saya tahu anda seorang lelaki lebih bijak daripada sekadar membuat dakwaan tidak berasas.

“YAB, takkanlah mudah sungguh kesimpulannya. Hajat anda untuk melihat kami gagal boleh difahami, tetapi dakwaan anda tidak berasas.”

Nothing to Hide 2.0: Bom asap dibaling, forum Dr M ‘diserang’

Penganjur: Dr M tak cedera, gesa rakyat teruskan perjuangan

3 lelaki ditahan, Pemuda PPBM dakwa kekecohan akibat sabotaj


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments