Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

SPRM geledah pusat khidmat Boon Poh di Butterworth

 | August 13, 2017

Pegawai-pegawai SPRM tiba bersama Adun Sungai Puyu itu di pusat khidmatnya kira-kira 12.15 tengah hari tadi dan menghabiskan masa lebih sejam.

Phee-Boon-Poh-2

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan geledah ke atas pusat khidmat exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Jalan Ong Yi How, Butterworth hari ini.

Pegawai-pegawai SPRM tiba bersama Adun Sungai Puyu itu di pusat khidmatnya kira-kira 12.15 tengah hari tadi dan menghabiskan masa lebih sejam, lapor The Star.

Boon Poh, yang memakai kemeja-t SPRM berwarna oren, diiringi keluar dari pusat itu dengan bergari sekitar pukul 1.25 tengah hari.

Exco itu ditahan SPRM kelmarin dan diperintah reman selama 5 hari bermula semalam.

Boon Poh ditangkap SPRM berhubung kesalahan menyalah guna kuasa dan perbuatan rasuah apabila menulis surat agar menangguhkan penguatkuasaan ke atas kilang penapis karbon di Bukit Mertajam yang dikatakan haram.

Beliau menafikan sebarang kesalahan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments