Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Umno: PPBM terdesak, sanggup fitnah Adun BN keluar parti

 | August 13, 2017

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga kini tidak ada seorang wakil rakyat Umno akan keluar parti seperti didakwa, sebaliknya mereka tetap setia dengan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ayub-Rahmat-bendera-johor-umno-bnPETALING JAYA: Keghairahan pembangkang mahu menawan Johor sehingga sanggup mendakwa ada Adun Umno akan keluar parti itu untuk menyertai PPBM merupakan usaha terdesak dan ketandusan isu.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga kini tidak ada seorang wakil rakyat Umno akan keluar parti seperti didakwa, sebaliknya mereka tetap setia dengan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya berpandangan PPBM terdesak sehingga sanggup menyatakan ada Adun Umno akan keluar parti, malah kedua-dua Adun di kawasan Parlimen Batu Pahat telah membuat penafian terutamanya dari Adun Rengit.

“Saya melihat serkapan ketua PPBM itu sebagai lawak,” kata beliau kepada FMT ketika diminta mengulas dakwaan berlakunya pergolakkan dalam Umno Johor.

Kelmarin, laman sosial pembangkang memuat naik kenyataan yang menyebut Adun Umno akan berhijrah ke PPBM dan telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi merangka strategi yang lebih tersusun.

Susulan daripada itu, Adun Rengit Ayub Jamil menafikan dakwaan dirinya akan melompat parti untuk menyertai PPBM.

Mengulas lanjut, Ayub Rahmat yang juga exco kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan Johor berkata, Umno Johor tidak mudah tergugat dengan serangan yang dibuat pembangkang terutamanya PPBM.

“Saya sendiri yakin Umno dan BN Johor mempunyai kekuatan tersendiri. Ahli Umno Johor mempunyai pengalaman yang lebih dasyat berbanding sekarang.

“Saya yakin rakyat ingin melihat kerajaan atau parti yang bekerja, bukan parti yang bersandarkan dendam individu,” kata beliau.

ADUN Rengit Ayub nafi keluar Umno sertai PPBM


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments