Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Banjir: 264 mangsa dipindahkan di Melaka

 | August 17, 2017

Mangsa banjir paling ramai di daerah Jasin, iaitu 177 mangsa daripada 43 keluarga, manakala 87 mangsa daripada 20 keluarga terjejas di daerah Alor Gajah.

banjir_melaka_600

MELAKA: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 6 pusat pemindahan di Jasin dan Alor Gajah meningkat kepada 264 orang, setakat 8 pagi ini, berbanding 246 orang malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Melaka, Lt Kol Effendy Ali berkata, daerah Jasin mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai, iaitu 177 mangsa daripada 43 keluarga, manakala di daerah Alor Gajah 87 mangsa daripada 20 keluarga.

“Di Jasin, seramai 102 orang melibatkan 25 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel; 40 orang daripada 9 keluarga di Balai Raya Seri Mendapat; dan 35 orang daripada 9 keluarga di Balai Raya Air Tawar.

“Seramai 19 orang melibatkan 5 keluarga di Balai Raya Kampung Seri Jeram;, 20 orang daripada 5 keluarga di Tadika JAIM Kampung Pulau; dan 48 orang daripada 10 keluarga di SK Belimbing Dalam di Alor Gajah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Effendy yang juga pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka berkata, hujan renyai-renyai kini dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments