Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Israel batal perakuan media wartawan Al-Jazeera

 | August 17, 2017

Israel mendakwa tugas wartawan itu mempunyai unsur 'penentangan'.

israel-aljazeeraBAITULMAQDIS: Israel semalam membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur “penentangan”, lapor agensi berita China Xinhua.

Pejabat Akhbar Kerajaan Israel berkata, kenyataan yang sering dikeluarkan Elias Karram menimbulkan keraguan di pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.

Sejak bertahun-tahun Karram berbangsa Arab dari Nazareth bertugas dengan AlJazeera dan membuat liputan mengenai isu Israel.

Ketua Jabatan Akhbar Nitzan Chen berkata, kad perakuan media beliau dibatalkan sementara menunggu keputusan “sama ada Karram merupakan sebahagian rakyat Palestin yang menentang rejim Zionis”.

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Israel berkata pihaknya merancang membatalkan perakuan media semua wartawan Al-Jazeera sebagai langkah menghalang mereka bekerja di Israel selain berusaha mencari jalan mengharamkan sama sekali agensi berita itu daripada menjalankan tugas di negara itu menerusi peruntukkan undang-undang.

Sejak sekian lama, Israel menuduh Al-Jazeera berat sebelah dalam laporannya terhadap Yahudi.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu baru-baru ini juga dilaporkan pernah mengancam untuk menutup operasi Al Jazeera di negara tersebut serta menuding jari kepada agensi itu sebagai penghasut kekerasan terhadap Israel.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments