Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kontraktor gagal laksana tender, SPRM tahan pegawai agensi Sarawak

 | August 17, 2017

Seorang jurutera dan juruteknik kanan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak ditahan dalam siasatan berhubung tender mengecat dan baik pulih yang tidak dilaksanakan kontraktor.

macc-sprm-arrest

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2 pegawai Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak dalam siasatan berhubung tender mengecat dan membaik pulih yang tidak dilaksanakan kontraktor.

Suspek ditahan seorang jurutera dan juruteknik kanan yang masing-masing berusia 39 dan 59 tahun.

Turut ditahan dalam operasi sekitar jam 12.00 hingga 1.20 tengahari itu seorang pengurus, 49, yang dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu.

Sumber berkata, tender dibuka HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat 2 tingkat di Miri yang terbakar. Sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

“Bagaimanapun syarikat itu melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

“Syarikat pada 2016 telah membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilakukan.

“Perakuan Kerja Siap dikeluarkan oleh HDC pada November 2015 sedangkan kerja-kerja mengecat dan membaik pulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanakan,” katanya.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments