Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Penyokong tegar BN Felda semakin beralih kepada PH, kata akademik UUM

 | August 17, 2017

Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tangkapan terhadap Isa Samad masih belum memadai memulihkan keyakinan peneroka dan pelabur Felda.

Kamarul-Zaman-felda

PETALING JAYA: Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata “penyokong tegar Barisan Nasional” di kawasan Felda kini beralih semakin mengalih sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH).

Kamarul berkata sentimen dalam kalangan peneroka Felda mungkin meletakkan Barisan Nasional (BN) di kedudukan rumit buat masa ini.

“Peneroka Felda sedang memastikan suara mereka diambil kira. Peneroka dulunya dikenali sebagai penyokong tegar BN, kini beralih arah kepada Pakatan Harapan,” katanya kepada FMT.

Pandangan itu berlawanan daripada beberapa dapatan sebelum ini yang menganggap PH masih menghadapi jalan sukar di kawasan Felda yang selama ini dianggap deposit tetap Umno setiap kali pilihan raya.

Kamarul berkata tindakan menangkap bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tidak cukup kerana peneroka Felda masih bimbang kerajaan gagal memulihkan kerugian daripada pelaburan hartanahnya, yang menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Jika mereka hanya menuduhnya (Isa), maka tidak cukup kerana menuduhnya tidak akan mengembalikan kerugian itu. Menuduh seseorang hanyalah sebahagian daripada langkah meraih semula kepercayaan pengundi.

“Mereka perlu pastikan langkah substantif diambil untuk mengurangkan sebarang kebimbangan peneroka Felda. Kerugian dihadapi Felda dan peneroka perlu diselesaikan,” katanya.

Isa kini ditahan reman bagi membantu siasatan SPRM dalam pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation di London dan Kuching.

Kamarul berkata menuduh Isa satu langkah besar dan dapat membantu peneroka lebih percaya kerajaan.

“Ini berdasarkan hubungan rapatnya dengan perdana menteri.”

Menurutnya, langkah itu mencerminkan kebebasan SPRM dan meningkatkan keyakinan kerana menunjukkan kesaksamaan kerajaan dalam hal itu.

“Tidak perlu menyembunyikan apa-apa. Menuduhnya adalah satu perkara tetapi mengenal pasti kesalahan dilakukannya ketika bertanggungjawab atas Felda, itu perkara lain.”

Perbetul kesalahan

Kamarul menasihati BN mengambil langkah drastik meraih semula kepercayaan peneroka, bermula dengan ketelusan dalam urus niaga Felda.

Pengerusi Felda juga mestilah tidak dilantik atas dasar politik atau memegang jawatan dalam sebarang parti politik, katanya.

“Apabila kamu melantik seseorang dengan kepentingan politik untuk jawatan penting sebegitu, beliau akan cenderung kepada politik.

“Beliau juga mungkin menggunakan jawatannya memenuhi cita-cita politik atau untuk parti politiknya.”

Beliau berkata Felda perlu mempunyai pengerusi dengan latar belakang korporat dan ikhlas memajukan Felda, dan ramai calon berkebolehan untuk itu.

“Jadikan pengerusi itu berdikari dan bertanggungjawab ke atas Felda.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments