Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Serbu pejabat: SPRM rampas dokumen kewangan peribadi Isa Samad

 | August 17, 2017

Menurut sumber, tiada rampasan duit dalam serbuan ini.

isa-samad-sprmPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas dokumen kewangan peribadi Tan Sri Isa Samad dalam serbuan ke atas pejabatnya di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pagi tadi.

“Tiada rampasan duit dilakukan,” kata sumber.

SPRM pagi tadi menyerbu pejabat bekas pengerusi Felda di tingkat 4 SPAD yang terletak di kompleks Kuala Lumpur Sentral, ibu negara. Menurut sumber, kira-kira 10 anggota SPRM – 3 pegawai penyiasat dan 7 pengiring keselamatan – memasuki premis itu pada 11.00 pagi tadi. Serbuan berakhir sekitar 12.30 tengah hari.

“SPRM hanya memasuki pejabat Isa sahaja dan mengambil beberapa dokumen berhubung siasatan pembelian hotel,” kata sumber.

Isa dilantik pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Bhd (FGV) pada 1 Januari 2011. Tan Sri Shahrir Samad menggantikan tempat Isa sebagai pengerusi Felda pada 6 Januari lepas, dan berundur dari FGV pada 19 Jun lalu, dan dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD pada hari yang sama.

Beliau ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kelmarin dalam siasatan agensi anti-rasuah ke atas pembelian 2 hotel oleh anak syarikat Felda, Felda Investment Corportion (FIC) antara 2014 dan 2015.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching itu yang dipercayai dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran, mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Terdahulu SPRM menyerbu rumah Isa di Selangor dan Negeri Sembilan.

SPRM serbu pejabat Isa di SPAD


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments