Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Warga emas maut digilis kereta api di Gua Musang

 | August 17, 2017

Wanita tersebut mungkin mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran kerana tidak mendengar hon kereta api.

warga-emas

GUA MUSANG: Seorang wanita warga emas ditemui maut, dipercayai digilis kereta api berhampiran Stesen Keretapi Bertam Lama hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa berumur lingkungan 80-an dan belum dikenal pasti identitinya, dipercayai berjalan di tepi landasan apabila digilis kereta api yang dalam perjalanan dari Tumpat menghala ke Gua Musang.

“Wanita itu ditemui dalam keadaan terbaring di tepi landasan dalam keadaan cedera parah di kepala dan kaki.

“Pada siasatan awal, mungkin wanita terbabit ada masalah kesihatan dan kurang pendengaran menyebabkan dia tidak mendengar hon dibunyikan pemandu lokomotif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rajab Ahad meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga datang ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk membuat pengesahan dan menuntut mayat wanita itu.

“Kita juga sudah membuat semakan dengan penduduk kampung berdekatan tetapi tiada yang mengenalinya kerana dia mungkin datang dari kampung lain,” katanya

Mayat mangsa kini berada di HGM untuk bedah siasat.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments