Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan biarkan PM hadapi tohmahan pembangkang berseorangan, kata Zahid

 | August 18, 2017

Zahid juga berkata semua ahli Umno perlu memastikan Dr Mahathir tidak lagi relevan dalam politik negara.

zahid-hamidi-umno

BANDAR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta rakyat khususnya ahli Umno tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersendirian dalam menghadapi pelbagai tohmahan dilemparkan pembangkang.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno dan menggalas tugas timbalan presiden berkata usaha perdana menteri berdepan tindakan sedemikian daripada pembangkang walaupun membawa pembangunan dan kemajuan termasuk transformasi dalam pelbagai bidang memanfaatkan rakyat.

“Jangan biarkan perdana menteri kita berseorangan, kita harus bangun untuk tentukan apa yang dilakukan beliau adalah untuk kebaikan rakyat dan anggota Umno di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang.

Turut hadir Ketua Umno bahagian merangkap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim.

Ahmad Zahid berkata memandangkan bekas pemimpin utama Umno yang menerajui serangan terhadap parti itu, semua anggota Umno perlu memastikan bekas pemimpin itu tidak lagi relevan dalam politik negara.

“Kita mesti tentukan Umno dan Barisan Nasional dipimpin oleh mereka yang ada ketika ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments