Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

NUTP minta ibu bapa hormat guru tangani disiplin pelajar

 | August 18, 2017

Setiausaha kesatuan itu berkata guru tidak sewenang-wenangnya menghukum pelajar melainkan mereka bertindak kasar.

Harry-Tan-Huat-Hock_nutp_guru_sekolah_600

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini meminta semua pihak menghormati dan yakin terhadap peranan guru dengan memberikan ‘sedikit kuasa’ kepada mereka bagi menangani isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Setiausaha NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata guru tidak sewenang-wenangnya menghukum pelajar, malahan jika ada pelajar yang didenda dan dihukum, tindakan itu diambil kerana pelajar itu melakukan kesalahan seperti bertindak kasar dan memukul guru hingga mampu membawa impak negatif kepada semua pihak terbabit.

“Oleh itu, pihak NUTP menyarankan agar guru yang menjalankan hukuman seperti mendenda murid tidak dijadikan isu sehingga boleh menyebabkan guru berkenaan dibawa atau diheret ke mahkamah seolah-olah guru itu yang bersalah.

“Ini kerana tindakan yang diambil oleh guru bertujuan mendisiplinkan murid dan membentuk mereka menjadi insan yang berintegriti tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam menangani isu disiplin pelajar, semua pihak perlu ‘duduk semeja’ dan mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu ini secara telus.

Menurut Tan, NUTP juga merayu guru tidak mendapat tekanan daripada pihak luar termasuk Kementerian Pendidikan, polis dan masyarakat sehingga mereka takut untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing sebagai warga pendidik.

Beliau berkata isu disiplin sebenarnya bukan satu masalah baharu kerana ia wujud sejak dahulu lagi namun kini masalah itu amat berbeza.

“Ibu bapa dan murid lebih tahu hak masing-masing. Perkara ini bertambah dan menjadi rumit apabila kebelakangan ini beberapa kes disiplin murid dan guru dipaparkan dalam media sosial dan ada sesetengah isu sengaja ditularkan oleh ibu bapa atau murid itu sendiri,” katanya.

Menurutnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan kuasa guru merotan murid telah lama disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan semua pihak perlu sedar tujuan utama pelaksanaan hukuman rotan oleh pengetua dan guru yang diberikan kuasa adalah sebahagian daripada proses pendidikan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments