Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Wisma Putra: Tiada rakyat Malaysia cedera rempuhan van di Barcelona

 | August 18, 2017

Sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona dan mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang.

barca-vanKUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona pada Khamis petang yang sehingga kini mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 100 orang.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata Malaysia berdiri teguh bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang dianggap kejam itu.

Wisma Putra turut melahirkan rasa simpati kepada seluruh anggota keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang berada di bandar raya itu dan memerlukan bantuan konsular diminta berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di alamat Kedutaan Besar Malaysia, Madrid, Avenida de Madronos, No. 63-Bis 28043, Madrid, Sepanyol atau menghubungi +(34) 91 555 0684/91 555 0737 atau menerusi e-mel ke [email protected]

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa sambil menyifatkan serangan itu sebagai keji.

Laporan media menyebut insiden itu berlaku selepas sebuah van merempuh orang ramai di tengah-tengah bandar raya Barcelona dan sejurus berlaku, kumpulan penyerang itu lari meninggalkan van berkenaan.

Berikutan itu, pihak berkuasa keselamatan Sepanyol melancar operasi khas memburu mereka yang terlibat sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai serangan pengganas.

Reuters yang memetik seorang jurucakap polis wanita Catalan melaporkan polis menembak mati 4 penyerang di Cambrils, selatan Barcelona, dan seorang lagi cedera parah ekoran operasi dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Serangan di Barcelona itu adalah yang paling buruk berlaku di Sepanyol sejak letupan bom di Madrid pada 2004 yang mengorbankan 191 orang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments