Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah beroperasi semula

 | August 19, 2017

Kantin dibenarkan beroperasi semula selepas premis mematuhi syarat Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

kantinSHAH ALAM: Kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang yang diarah tutup petang semalam selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih dibenarkan beroperasi semula pada 10.00 malam hari yang sama.

Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata keputusan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang membuat penilaian semula terhadap tahap kebersihan kantin HTAR dan meluluskan untuk pembukaan semula selepas premis tersebut mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

PKD Klang mengeluarkan notis arahan penutupan kantin itu kira-kira 2.00 petang semalam selepas melakukan pemeriksaan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di laman media sosial.

Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Zailan Adnan berkata kebenaran membuka semula kantin tersebut dibuat selepas mengambil kira kebajikan pelawat dan warga kerja hospital HTAR.

Dr Zailan berkata pihaknya akan sentiasa memantau kebersihan di kantin hospital dan akan menyenarai hitam serta menamatkan kontrak pengusaha kantin yang kerap dikenakan tindakan notis pembersihan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments