Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerajaan hilang RM110 bilion jika PH tunai janji, kata profesional Umno

 | August 19, 2017

Kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion jika PH menghapuskan tol, mengenakan kadar GST 0% dan memberi 20% royalti minyak kepada negeri pengeluar.

Shahril-phPETALING JAYA: Biro Profesional Muda Umno mendakwa kerajaan mungkin hilang pendapatan sebanyak RM110 bilion dalam tahun pertama Pakatan Harapan memerintah negara jika gabungan pembangkang menunaikan janji pilihan raya mereka.

Pengerusi Shahril Hamdan berkata beliau menemui perkara itu selepas pengiraan beberapa janji Pakatan Harapan kepada rakyat seperti penghapusan tol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Kalau kita lihat janji PH seperti menghapuskan tol, mengenakan kadar sifar GST, pemberian 20% royalti minyak kepada beberapa buah negeri serta beberapa perkara lagi, kerajaan akan hilang pendapatan RM110 bilion,” kata Shahril lapor Sinar Harian Online.

“Sekiranya PH memenangi PRU14 dan merealisasikan semua janji ini mereka, kerajaan di bawah pimpinan mereka mungkin kehilangan pendapatan dalam amaun ini pada tahun pertama mereka memerintah,” tambahnya.

Beliau dilaporkan berkata demikian semasa debat perdana anjuran Pusat Pengajian United Kingdom (UKEC) di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Shahril berkata PH sehingga kini belum membentangkan pelan kewangan yang akan menggantikan kehilangan sumber pendapatan kerajaan itu.

Menurut laporan itu lagi, Shahril mengakui pengenaan kadar GST 0% akan meningkatkan kewangan rakyat sekaligus mengalakkan perbelanjaan yang menjana ekonomi adalah laungan yang baik, namun langkah itu tidak menjana pendapatan untuk kerajaan.

“Perbelanjaan rakyat tidak menyumbang kepada pendapatan kerajaan bagi melakukan pembangunan dalam negara seperti membina hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya,” katanya.

Pakatan Harapan dilaporkan sedang menyiapkan manifesto yang akan menumpukan kepada isu sara hidup rakyat, yang dijangka akan memuatkan ikrar memperkenalkan sistem cukai progresif menggantikan GST, menyambung semula pemberian subsidi, pemberian royalti 20% kepada negeri pengeluar minyak dan gas, dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments