Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kutuk pengganti bukan perangai orang Umno, kata Najib

 | August 19, 2017

Dilihat merujuk kepada Dr Mahathir, Najib menasihatkan pemimpin terdahulu supaya mengingati konsep ‘putaran roda’, dengan memberi peluang kepada pemimpin seterusnya untuk menyambung perjuangan mengikut cara tersendiri.

najib-mahathir

PETALING JAYA: Dilihat merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan pemimpin terdahulu supaya mengingati konsep ‘putaran roda’, dengan memberi peluang kepada pemimpin seterusnya untuk menyambung perjuangan mengikut cara tersendiri.

Oleh itu tegas Najib, pemimpin sedia ada tidak sewajarnya dikritik dan dikutuk, sebaliknya patut diberi kepercayaan untuk meneruskan perjalanan dan legasi sebelum ini memandangkan perjuangan berasaskan idealisme tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Sebab dalam hidup kita ada putaran roda. Satu hari kita akan turun dan bila turun kita sokong pula orang naik barulah perjuangan kita kesampaian dan kepimpinan kita dapat barakah sebab orang akan menghargai (dan) menilai jasa dan legasi kita.

“Ini barulah konsep kepemimpinan.. bukan bila kita tak ada jawatan kita nak jahanamkan, nak kutuk, nak lihat parti yang terlalu banyak jasa pada kita, tertiarap. Ini bukan perangai orang yang sayang Umno,” kata beliau yang juga presiden Umno dipetik Bernama.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Langkawi hari ini.

Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri keempat dan melepaskan jawatannya pada Oktober 2003 kini merupakan pengkritik paling lantang berhubung kepimpinan Najib.

Di Butterworth semalam, Dr Mahathir secara terbuka berkata, sebelum ini beliau hanya mahu Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari jawatan perdana menteri tetapi kini mahu Barisan Nasional (BN) digantikan oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir memberitahu penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi rakyat pada hari ini adalah dengan menyingkirkan Najib dan kerajaan BN.

“Pada suatu masa dulu, saya fikir memadai kalau kita singikirkan Najib sahaja dan kekalkan kerajaan BN, tetapi kerajaan BN sudah cukup rosak. Semua mereka terlibat dengan rasuah.

“Kalau BN terus memerintah negara kita ini, percayalah kita akan menderita lebih lagi,” kata pengerusi PH dalam ucapannya pada program Jelajah Semarak malam tadi.

Dr M: ‘Dulu saya nak Najib disingkir, hari ini BN sekali’


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments