Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PPBM: Remaja dihalang kerana potensi ancaman kepada Dr M

 | August 19, 2017

Video viral bagaimanapun menunjukkan remaja berusia 17 tahun itu dikenakan kuncian 'chokehold' sementara bapanya pula menuntut anaknya dilepaskan.

VIDEO INSIDE

teen-was-potential-threat-to-Mahathir1BUTTERWORTH: Seorang remaja yang cuba memeluk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ceramah Jelajah Semarak malam tadi cuba untuk “terkam” ahli politik berusia 92 tahun itu, kata penganjur program.

Ketua Penerangan PPBM Pulau Pinang Yaakob Osman berkata remaja lelaki itu pada mulanya bersalaman dengan Dr Mahathir, tetapi kemudian cuba hendak menerkam dan memeluk pengerusi PPBM itu.

“Pihak kawalan keselamatan terpaksa bertindak untuk menarik dan membawa keluar si pelaku dari kawasan perimeter program. Ini adalah langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas Tun Mahathir.

“Tidak ada berlaku sebarang kekasaran yang dilakukan ke atas beliau selain dari usaha untuk memastikan beliau dibawa keluar dan diminta beredar,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, bapa kepada remaja berusia 17 tahun itu membuat laporan polis terhadap kekasaran pasukan keselamatan PPBM.

Kejadian berlaku sejurus selepas tengah malam, apabila Dr Mahathir meninggalkan padang Majlis Perbandaran Seberang Perai di Kepala Batas menuju ke kenderaannya.

Video kejadian itu, yang menunjukkan remaja itu dikenakan kuncian ‘chokehold’ oleh anggota keselamatan PPBM, menjadi tular.

Dalam video 3 minit itu, bapa remaja itu yang dilihat bergelut dengan anggota keselamatan menuntut anaknya dilepaskan.

Akibatnya, bapa remaja itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Faisal, membantu anaknya membuat laporan polis terhadap anggota keselamatan PPBM terbabit di Balai Polis Kepala Batas berhampiran tempat ceramah.

Faisal, 50-an, mendakwa dirinya “bekas pemimpin kanan PKR Pulau Pinang”.

“Anak saya hanya mahu bertemu Dr Mahathir,” kata Faisal kepada pemberita di luar balai polis.

Tahap keselamatan di acara melibatkan pimpinan pembangkang, terutamanya pengerusi PH itu, ditingkatkan berikutan keganasan di forum “Nothing to Hide 2.0” yang dihadiri Dr Mahathir di Shah Alam, Selangor 13 Ogos lalu.

Forum di Dewan Raja Muda Musa itu menyaksikan pelbagai jenis objek, termasuk kerusi dan suar dibaling ke arah pentas ketika Dr Mahathir sedang menjawab soalan hadirin.

Ceramah Jelajah Semarak semalam turut menampilkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ceramah itu dihadiri hampir 3,000 orang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments