Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Selepas lagu, Vida bakal lancar buku kejayaannya

 | August 19, 2017

Berikutan debut tunggalnya berjudul "I Am Me", jutawan kosmetik kini memfokus pada penerbitan buku "I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida", yang menceritakan kisah kejayaannya sebagai ahli perniagaan.

vida_book

PETALING JAYA: Tidak ada perkara yang menahan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang lebih popular dengan panggilan Vida, apabila beliau bergerak terus untuk mempromosikan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan, mahupun menerbitkan lagu.

Di sebalik cabaran dan ujian yang dilalui kebelakangan ini, usahawan ini mempunyai bakat tersendiri untuk mendekati massa.

Berikutan debut tunggalnya yang berjudul “I Am Me”, jutawan kosmetik kini memfokus pada penerbitan buku beliau “I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida”, yang menceritakan kisah kejayaannya sebagai ahli perniagaan.

Vida juga berkata buku itu akan menjadi sumber inspirasi kepada para usahawan kerana ia menerangkan pengalaman hidupnya yang menjadi daya penggerak kejayaan.

“Ia bukanlah biografi saya tetapi ia menceritakan kisah bagaimana saya membina empayar perniagaan saya,” kata beliau kepada New Straits Times mengenai buku yang ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir.

Beliau berkata idea tentang kejayaan perniagaannya mula-mula dipetik oleh wakil Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) bulan lepas.

Menurut Vida, sebelum ini ramai telah mendekati beliau tetapi tidak ada yang berjaya.

“Saya rasa ITBM datang kepada saya dengan idea pada masa yang tepat dan dengan konsep yang betul,” kata ahli perniagaan berusia 45 tahun itu.

Vida berkata disebabkan jadualnya yang ketat, beliau hanya dapat meluangkan 1 hari untuk ITBM dan Zinitulniza untuk mendokumentasikan kesemua perkara dari wawancara ke fotografi.

“Dengan kekangan masa, adalah menakjubkan untuk melihat bagaimana mereka dapat menyelesaikan segala-galanya dalam 22 jam (dari 8 pagi hingga 5 pagi hari berikutnya). Wawancara itu mengambil masa 6 jam,” kata Vida kepada NST.

“I Am Me: Rahsia Niaga DS Vida”, yang berharga RM68 akan menyaksikan 10,000 naskhah dicetak untuk edisi pertamanya.

Buku itu akan dilancarkan di Pameran Buku Antarabangsa Indonesia pada 9 September dan akan diedarkan di Malaysia dan Indonesia.

“Saya mempunyai rancangan untuk menembusi pasaran Indonesia dengan pelancaran buku saya di Jakarta memandangkan saya telah mendapat penerimaan luas di sana selepas debut ‘single’ saya,” katanya.

Buku ini boleh dipesan terlebih dahulu menerusi itbm.com.my.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments