Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jepun diberi amaran tentang operasi NGO Zakir Naik di Tokyo

 | August 20, 2017

Yayasan Penyelidikan Islam yang diharamkan di beberapa negara dikatakan menarik warga Jepun menyertai mereka melalui pemberian wang dan indoktrinasi.

zakir--4

PETALING JAYA: Agensi perisikan dan anti-pengganas India memberi amaran kepada Jepun tentang operasi sulit yang dijalankan NGO penceramah Zakir Naik di Tokyo.

Saluran berita Times Now semalam melaporkan Sayap Penyelidikan dan Penganalisisan (RAW) menyedari pusat pengislaman radikal Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) jalankan dengan bantuan rakan Zakir di Jepun.

Media itu melaporkan kerajaan India mengarahkan RAW dan Agensi Penyiasatan Kebangsaan (NIA) supaya menyerahkan semua dokumen berkaitan dan bukti lain hasil daripada siasatan ke atas Zakir.

New Delhi mahu berkongsi perisikan itu dengan kerajaan Jepun kerana kedua-dua negara mempunyai “kerjasama keselamatan luar biasa”, menurut laporan itu.

Menurut pengarang keselamatan dalam negara Times Now, Nikunj Garg, Zakir berada di Tokyo untuk mengislamkan warga Jepun sebelum serangan pengganas di Dhaka, Bangladesh, pada 1 Julai tahun lepas.

Serangan militan Islam di sebuah kafe itu menyebabkan 24 mangsa terbunuh dan 50 orang lain cedera.

Tiga daripada pengganas dalam kejadian itu dilaporkan terpengaruh dengan Zakir yang dirakam berkata “setiap orang Islam harus menjadi pengganas”.

Garg berkata pihak berkuasa India tidak menyedari aktiviti IRC semasa serangan itu.

“Banyak tanda-tanda amaran (tentang Zakir dan IRF) sejak 2008. Tetapi serangan kafe di Dhaka pada 2016 itu sebenarnya yang menyebabkan pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan kewaspadaan sebenar,” katanya.

“India tidak mahu sebuah negara sahabat sekali lagi menjadi mangsa komplot Zakir dan NGO, dan kerana itu kami mahu memberi amaran kepada Jepun dengan sepenuh bukti yang kami ada. Ini yang sedang kami lakukan,” tambahnya.

Jepun pada Jumaat mengisytiharkan sokongan kuat kepada India yang terbabit dalam ketegangan selama lebih sebulan berdepan tentera China di sempadan Himalaya berdekatan Sikkim.

Garga berkata moduf operandi IRF ialah menarik warga Jepun menyertai mereka melalui pemberian wang, indoktrinasi dan “tarikan lain”.

“Jadi kami mahu pihak berkuasa Jepun peka dengan penemuan NIA ke atas organisasi itu dan lelaki itu supaya mereka sedar sifat tersembunyi cara organisasi itu dan tidak bersedia sepertimana India sebelum ini,” katanya.

Pada Mac tahun ini, Mahkamah Tinggi Delhi mengekalkan keputusan kerajaan untuk mengharamkan IRF, dengan berkata ia bagi memelihara keselamatan negara. Organisasi itu diharamkan di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah lain.

Naik, yang dianugerahkan status pemastautin tetap oleh Malaysia, dikehendaki untuk disoal siasat di India berhubung pengubahan wang dan jenayah berkaitan keganasan.

Penceramah itu melarikan diri selepas seorang suspek dalam serangan Dhaka berkata dia terpengaruh dengan ucapan Zakir. New Delhi sudah membatalkan pasport Zakir.

NIA pada Mei menulis kepada Interpol memohon notis merah dikeluarkan terhadap Zakir. Notis merah bermakna beliau secara rasmi diisytiharkan sebagai pelarian antarabangsa dan polis mana-mana negara diberi kuasa untuk menahan beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments