Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kerajaan sedia pertimbang RCI kaji tragedi Memali, kata Zahid

 | August 20, 2017

Sekiranya ditubuhkan, RCI itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

zahid-memali

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji peristiwa Memali 1985 jika ada permintaan.

Sekiranya ditubuhkan, RCI itu merupakan suruhanjaya siasatan kedua yang ditubuhkan untuk menyiasat peristiwa yang berlaku di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. RCI menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing 1990-an akan bersidang esok.

“Kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan RCI terhadap Tragedi Memali sekiranya terdapat individu, pertubuhan atau parti politik yang meminta,” katanya di Twitter hari ini.

PAS pada 16 Ogos lalu menggesa kerajaan menubuhkan RCI dan menggesa kerajaan memohon maaf di atas konfrontasi antara pihak berkuasa dan pengikut penceramah agama Ibrahim Mahmud 32 tahun lalu di Kampung Memali di Baling, Kedah, yang menyaksikan Ibrahim, 13 pengikutnya dan 4 anggota polis terbunuh.

Kerajaan pernah menerbitkan kertas putih Peristiwa Memali yang dikemukakan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 1986.

Namun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata saksi kejadian mendakwa Kertas Perintah 21 itu satu “pembohongan”.

Isu ini kembali hangat selepas kekecohan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” Ahad lepas, selepas objek dilontarkan ke pentas semasa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan hadirin mengenai peristiwa itu.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PAS sengaja menimbulkan isu Memali demi meraih undi orang Melayu untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

PAS gesa RCI Memali, kerajaan mohon maaf

Mat Sabu: Memali hanya isu masa PRU, tenggelam timbul


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments