Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Penganalisis tak setuju kos sara hidup tidak jejas undi BN

 | August 20, 2017

Penganalisis Wan Saiful Wan Jan dan Mohamad Hisomuddin Bakar bagaimanapun ragu-ragu adakah rungutan rakyat cukup untuk menukar kerajaan.

wan-saiful

PETALING JAYA: Badan pemikir tidak setuju dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mendakwa isu kos sara hidup yang sering dimainkan pembangkang tidak akan menjejaskan undi untuk Barisan Nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata pemimpin veteran Umno itu tersilap jika menganggap warga kota dan kampung akan terus setia kepada BN.

“Hakikatnya orang di bandar dan kampung bergelut dengan kos sara hidup,” katanya.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar turut tidak bersetuju dengan Tengku Razaleigh, berdasarkan kepada tinjuan di lapangan yang menunjukkan orang ramai tidak berpuas hati dengan kerajaan.

“Mungkin itu persepsi beliau, menganggap pengundi terutamanya orang Melayu setia dengan BN.”

Tengku Razaleigh semalam berkata isu yang dibangkitkan pembangkang tidak akan melemahkan BN, dan menambah orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan isu yang disifatkan sebagai perkara biasa dalam politik.

Beliau akui rakyat merasai kesan kenaikan harga barang namun itu bukan alasan untuk menolak BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bagaimanapun, 2 penganalisis itu ragu-ragu rungutan dan ketidakpuasan hati orang ramai itu akan mempengaruhi pembuangan undi nanti.

Wan Saiful berkata ada kebenaran pada pandangan bekas menteri kewangan itu yang masalah kos sara hidup tidak cukup untuk menyebabkan pengundi menyokong pembangkang.

“Masyarakat mahu tengok apa yang mampu ditawarkan pembangkang, dan sama ada tawaran itu cukup meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan,” katanya.

Hisomuddin berkata walaupun kajiannya mendapati rakyat mempunyai rungutan terhadap kerajaan, beliau tidak dapat tentukan bagaimana kemarahan itu akan diterjemahkan kepada undi.

Beliau menambah pembangkang mesti bertemu masyarakat secara kerap jika mahu meyakinkan mereka menyokong pembangkang.

“Mereka perlu berhubung dengan rakyat melalui ceramah kecil-kecilan dan bertemu persatuan-persatuan berbeza, bercakap dengan mereka mengenai apa yang mahu,” katanya.

Hisomuddin memberi contoh penggunaan bahasa yang difahami warga kampung apabila menerangkan isu mendesak seperti 1MDB.

“Mereka bukan orang bandar dan tidak faham istilah canggih dalam isu 1MDB.

“Ambil pendekatan bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan isu 1MDB dalam bahasa kampung,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments