Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tok Pa: BN sasar kerusi maksimum rampas Kelantan

 | August 20, 2017

BN Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon yang mampu memberi kemenangan kepada parti itu di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

mustapa-bn-kelantan

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon yang mampu memberi kemenangan kepada parti itu di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga pengerusi Umno Kelantan berkata, ia bagi memastikan BN mendapat jumlah kerusi maksimum terutama di DUN bagi membentuk kerajaan di Kelantan.

“Calon masih ‘yang mampu menang’, cuma kali ini, kita lebih teliti dan definisinya lebih luas (berbanding PRU13). Senarai calon ini dibawa kepada pucuk pimpinan pada tahun lepas lagi.

“Ada lebih 2 calon disenaraikan di setiap kawasan (Parlimen dan DUN) negeri dan saya akan jumpa setiap ketua bahagian dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih terperinci (mengenai calon),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan dan Badan Perhubungan Umno Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata senarai calon masih itu merangkumi calon baharu dan lama serta memberi peluang kepada golongan wanita bertanding pada pilihan raya umum itu nanti.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, BN Kelantan sentiasa bersedia berdepan dengan apa juga cabaran daripada pembangkang.

“Kita tak boleh ramal apa yang berlaku. Khabar angin menyatakan bukan PKR sahaja yang nak berbaik dengan PAS, malah PPBM juga.

“Kalau hari ini (ramalannya) begini, hari esok mungkin lain pula. Bagaimanapun, kita sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata pengundi luar masih menjadi faktor kemenangan setiap parti yang bertanding di negeri ini dan BN Kelantan akan terus berusaha mendekati kumpulan itu menerusi pelbagai program yang disusun.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments