Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Isa Samad kekal pemangku pengerusi SPAD

 | August 21, 2017

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, kedudukan Isa Samad tidak harus dipertikaikan memandangkan beliau hanya dipanggil SPRM untuk membantu siasatan dan tiada pertuduhan dikenakan.

nancy-spad

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad kekal sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kedudukan Isa tidak harus dipertikaikan memandangkan beliau hanya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan tiada pertuduhan dikenakan.

“Bagi kami, beliau masih pemangku pengerusi…kedudukan beliau masih sama, lagipun kuasa melantik di tangan perdana menteri.

“Tidak timbul soal kena tunggu kes selesai kerana beliau belum dituduh dan tiada tuduhan pun,” katanya selepas majlis penyerahan lesen teksi individu kepada kumpulan ke-3 di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) di ibu pejabat SPAD hari ini.

Beliau mengulas status Isa yang dibebaskan semalam, selepas direman 5 hari bagi membantu siasatan kes pembelian hotel di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Ketika ditanya bilakah Isa akan kembali ke pejabat, Nancy menjawab: “Terpulang kepada beliau, bila-bila beliau mahu, lagipun beliau bukan pengerusi eksekutif.

“Beliau tidak perlu duduk di pejabat setiap hari. Sekarang kita ada pelbagai aplikasi seperti WhatsApp, jadi mudah untuk berhubung atas urusan kerja.”

Beliau berkata, tiada sebarang sekatan dan terpulang kepada Isa untuk hadir ke mana-mana acara anjuran SPAD, dan ketidakhadiran beliau juga tidak mengganggu perjalanan tugasan suruhanjaya itu.

“Mesyuarat juga boleh dijalankan meskipun tanpa kehadiran pengerusi…kalau tiada pengerusi, anggota suruhanjaya akan melantik di antara mereka untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Kami menjalankan tugas macam biasa juga…kita ada menteri, anggota suruhanjaya…ia tidak mengganggu tugas harian kami,” katanya.

Terdahulu, 300 pemandu teksi yang tamat tempoh perjanjian sewa-pajak di bawah syarikat teksi, menerima lesen individu dan 88 daripada penerima lesen itu turut menerima geran tunai kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baharu untuk digunakan sebagai teksi.

Isa Samad bebas, SPRM tidak mohon lanjut tahanan reman


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments