Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jangan terpedaya, DAP tidak utamakan luar bandar, kata Najib

 | August 22, 2017

Jangan terpedaya dengan hasutan Pakatan Harapan kerana DAP, yang menurut Najib kuasa dominan dalam gabungan itu, tidak ada keutamaan untuk masyarakat luar bandar.

najib-dap

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan masyarakat luar bandar agar jangan terpedaya dengan hasutan Pakatan Harapan kerana mereka bukan keutamaan gabungan pembangkang itu.

Ini kerana DAP, yang menurut Najib akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Harapan, tidak mengutamakan masyarakat luar bandar, katanya.

“Janganlah kita termakan dengan hasutan puak-puak yang satu lagi. Puak-puak satu lagi itu, yang akan jadi kuasa dominan, bukan muka yang ditonjolkan, tetapi DAP yang ada kuasa mutlak.

“DAP tidak ada keutamaan untuk masyarakat luar bandar,” katanya di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP) & Anugerah Desa Perdana 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Lebih 10,000 ahli JKKK dan JKKKP yang hadir pada perhimpunan itu.

Perdana menteri juga meminta masyarakat luar bandar agar berwaspada dengan maklumat dan cerita yang tersebar di media sosial.

“Kita mesti beritahu pada rakyat apa-apa berita disampaikan tolong selidik dulu. Kalau tidak kita lakukan kezaliman pada orang itu.

“Kita perlu bezakan pendapat dengan fakta realiti dalam konteks hari ini,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments