Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

JKKK diarah jadi benteng pertahan Najib

 | August 22, 2017

Presiden gabungan ketua kampung Malaysia mengarahkan setiap ketua kampung dan penduduknya menyerang fitnah pembangkang terhadap Najib.

jkk-1

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP) diarah mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada serangan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia Datuk Shahaimi Othman

Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia Datuk Shahaimi Othman

Presiden Gabungan Persatuan Ketua Kampung Malaysia Datuk Shahaimi Othman berkata arahan itu dikeluarkan kerana fitnah dan pembohongan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan pentadbirannya.

“Kita kesal dengan pembohongan dan fitnah yang dibuat bekas perdana menteri itu dan kuncu-kuncunya terhadap Najib dan kerajaan.

“Kita tidak rela membiarkan perkara itu dan kita akan tentang provokasi dan fitnah mereka habis-habisan.

“Kita akan serang (pembangkang) dan arah setiap orang kampung. Ini kerana fitnah adalah musuh nombor 1 negara,” katanya di Perhimpunan JKKK/JKKKP & Anugerah Desa Perdana 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Shahaimi juga berharap Najib bertabah menghadapi serangan pembangkang dan terus usaha untuk membangunkan negara.

Katanya, JKKK dan JKKP akan terus sokong kerajaan dan Najib mentadbir negara.

“Setiap negeri akan menghantar sokongan padu pada Najib dan kerajaan, ini boleh dilihat di dalam perhimpunan hari ini,” katanya merujuk lebih 10,000 ahli JKKK dan JKKKP yang hadir pada perhimpunan itu.

Dalam majlis yang sama, Najib yang turut hadir mengingatkan rakyat jangan menyalahkannya jika harga minyak naik. Katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga minyak dunia.

“Ini mainan politik. Kita kena beritahu orang ada kalanya bukan kerana perdana menteri, kita negara pengeluar minyak kerdil.

“Kita hanya keluarkan 600 ribu tong setahun, sedangkan Arab Saudi yang keluarkan 16 juta tong setahun pun tak boleh tentukan harga minyak. Ini tak masuk akal,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments